Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

01 October 2012

UMUM: Rahsia api biru ..



RAHSIA API BIRU
dan hikmat lemak
 
 
AMIR (bukan nama sebenar), seorang chef yang cukup hebat dan memiliki pengalaman yang banyak dalam bidang masak memasak. Dahulu, dia pernah bertugas selama beberapa tahun di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Bukan calang-calang chef, Amir memegang jawatan Ketua Chef di hotel tempat-nya bekerja. Kalau makanan di situ kurang enak dan gagal memenuhi cita rasa pelanggan maka Amir yang akan bertanggungjawab.
 
Bab masak memasak memang menjadi kegemarannya sejak kecil lagi, jadi tidak hairanlah hari ini Amir memiliki kepakaran dalam bidang masakan dan memiliki pelanggan yang begitu ramai di restoran miliknya sendiri. Restoran ini dibuka di sebuah kelab dekat ibu negara setelah Amir melepaskan jawatannya sebagai Ketua Chef di hotel. Siapa Amir? Al Islam sendiri belum lagi menemui lelaki ini.
 
Cerita Halim (bukan nama sebenar) yang merupakan kawan kepada Amir, dia bukanlah hendak memburuk-burukkan kawannya itu, tetapi kisah ini sengaja diceritakan untuk dikongsi kepada semua. "Saya dah banyak kali tegur dan nasihatkan dia tapi dia buat tak peduli sahaja. Saya cakap, jangan buat macam ini, tak elok, berdosa. Kita orang Islam kena ikut cara Islam, berdosa kita bagi orang makan benda haram," kata Halim.
 
Nasihat Halim tidak didengari, Amir tetap menggunakan arak dalam setiap resipi masakannya terutama untuk masakan Cina. Pekerja-pekerja-nya terpaksa akur pada arahan Amir walaupun menyedari hal itu adalah haram. Kata Halim, arak yang digunakan oleh Amir adalah arak biasa, harganya dari RM6 ke RM8 sebotol. Halim yang juga pernah memegang jawatan chef dan pengurus di hotel bertaraf lima bintang selama lebih 20 tahun menerangkan, arak digunakan sebagai penyedap atau penambah perisa dalam masakan.
 
Penggunaan arak juga dapat menyingkatkan atau menjimatkan masa memasak, sebab itu kebiasaannya, orang Cina masak dengan cepat ter­utama ketika mereka menggoreng sayur dan makanan laut. Kata Halim, sebab makanan cepat masak kerana arak adalah panas, kalau direndam daging dalam arak, daging pun boleh masak. Seperkara lagi, arak ada berbagai bagai jenis, ada yang murah dan ada yang mahal. Arak jenis murah biasanya digunakan di restoran dan hotel tiga bintang ke bawah sahaja manakala arak yang mahal seperti Brandy dan Whiskey biasanya digunakan di hotel bertaraf empat bintang hingga lima bintang.
 
Mungkin kata pernah lihat chef yang sedang memasak dengan api naik menjulang-julang di dalam kuali. Menurut Halim, keadaan ini dipanggil flambe. Ia bertujuan mencantikkan persembahan memasak dan memperlihatkan kehebatan tukang masak atau chef semata-mata. Kaedah membuat flambe biasa­nya dilakukan dengan menggunakan minyak kelapa, minyak kelapa direnjis atau dicampak ke dalam kuali ketika sedang memasak. Tapi harus berhati hati, ada sesetengah tempat yang menggunakan arak untuk melakukan flambe. Arak yang digunakan adalah Brandy dan Whiskey.
 
Tip menentukan makanan halal atau tidak
 
MELIHATKAN keadaan ini sudah pasti kita mula berasa bimbang hendak makan di restoran dan hotel. Jangan bimbang, Halim ada tip untuk kita. Kata Halim, satu-satunya cara untuk mengesan arak di dalam pesanan makanan adalah ketika kita sendawa kekenyangan. Jika sendawa yang berlaku tidak seperti biasa yakni anginnya keluar melalui hidung maka tidak syak lagi makanan yang dihidangkan mengandungi arak!
 
Pesannya lagi, untuk mengesan sama ada flambe dilakukan dengan meng­gunakan arak atau minyak kelapa, perhatikan betul-berul warna api yang menjulang naik di dalam kuali. Jika apinya berwarna biru maka silalah angkat kaki.
 
 
Halim turut berkongsi tentang satu lagi rahsia yang tidak diketahui ramai. Rahsia ini mungkin berguna kepada suri rumah tangga, itu pun jika anda sanggup! Ia adalah rahsia untuk membuatkan ayam goreng anda menjadi lebih rangup dan masakan anda dapat bertahan lebih lama atau tidak mudah basi. Anda ingin tahu rahsianya? Rahsianya adalah lemak babi.
 
Menurut Halim, lemak babi ini didatangkan dalam bentuk mentega. Lemak babi banyak digunakan dalam menggoreng, terutama untuk menggoreng ayam dan keropok. Lemak babi akan dimasukkan ke dalam minyak yang panas dan ia akan lebur bersama minyak masak sehingga kita tidak dapat mengesan lemak babi telah dicampurkan ke dalam minyak tersebut.
Sebab itu jika kita perhatikan kebanyakan keropok yang dihasilkan oleh pengusaha Cina tidak mudah lemau atau masuk angin. Keropoknya juga tidak mudah rosak dan berkulat. Ini kerana bakteria babi yang kuat dapat menyokong bakteria lain untuk terus hidup.
 
Bagaimana hendak mengesan kehadiran lemak babi dalam keropok dan ayam goreng?
 
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu merasainya terlebih dahulu. Jika terdapat sedikit rasa kelat maka anda bertuah kerana dapat merasai lemak babi!
 
Demikianlah perkongsian menarik dan tip yang cukup berguna buat kita semua daripada Saudara Halim yang tidak mahu identiti dan gambarnya didedahkan. Pesanan Halim berusahalah mendapatkan makanan yang halal lagi baik. Tidak kira siapa pun anda, sudah pasti anda akan menjamu selera di restoran-restoran dan hotel. Tidak kira apa level restoran atau hotel dan tidak kira apa status anda sama ada bujang atau sudah berumah tangga waktu hujung bulan dan awal bulan adalah waktu yang paling meriah untuk makan-makan di luar bersama keluarga dan kawan-kawan. Pesanan Al Islam, berhati-hatilah dalam memilih tempat menjamu selera.
 
AL Islam Jun 2010
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.