Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

15 May 2020

Anda Musykil: Istigfar wajib atau sunat


Anda Musykil
Oleh: Muhd. Zaidi Ramli

Istigfar wajib atau sunat

SOALAN:
Saya dibesarkan di kalangan keluarga yang bolehlah dikatakan mempunyai pegangan agama  yang kuat.  Di samping amalan fardu saya diasuh untuk melaksanakan amalan amalan sunat yang lain.  

Di sekolah saya diberitahu antara amalan sunat itu ialah istigfar.  Tetapi di rumah, keluarga saya menyatakan bahawa Istigfar itu wajib.  Saya keliru, jika wajib mengapa berdosa jika saya tinggalkan.  Apa pandangan Ustaz?

JAWAPAN:
Alhamdulillah kerana saudari dibesarkan di kalangan keluarga yang kuat pegangan agama.  Pegangan yang kuat terhadap agama banyak membantu kita untuk mendapatkan kesejahteraan, kebahagian dan jauh dari masalah semasa hidup di dunia ini.  Istigfar adalah satu amalan yang dilaksanakan bagi memohon keampunan di atas setiap dosa.  Ini bermakan Istigfar adalah salah satu bentuk amalan daripada amalan amalan taubat.  Amalan amalan lain termasuklah solat sunat taubat, puasa taubat dan melakukan kebajikan dan ketaatan yang diperintahkan Allah.  

Hukum melafaskan Istigfar adalah sunat. 

Taubat pula hukumnya adalah wajib. Taubat bermaksud menyesal dengan dosa dilakukan, memohon keampunan Allah, berazam tidak mengulangi dosa tersebut dan menampalnya melakukan amalan kebajikan.  Taubat itu menjadi wajib kerana tanpa taubat kita akan mendapat azab daripada Allah s.w.t. Perbuatan meninggalkan taubat dalam kehidupan adalah berdosa kerana bertaubat itu adalah wajib.

Justeru kita diminta untuk bersegera bertaubat secara nasuha sama ada yang kecil atau dosa dosa besar.  Taubat yang ikhlas akan menghapuskan dosa yang telah di lakukan. Menagguhkan taubat membawa musibah kepada kita, dan dibimbangkan kita sampai ajal dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat.
Al Islam Oktober 2010