Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

20 May 2020

Anda Musykil : Perlukan berwuduk jika memegang tafsir?


Anda Musykil

Oleh: Muhd. Zaidi Ramli


Perlukan berwuduk jika memegang tafsir?

Assalamualaikum ustaz,

Kita wajib dalam keadaan berwuduk jika ingin membawa al-Quran atau membaca al-Quran. Soalan saya bolehkah saya memegang al-Quran tafsir dalam keadaan tidak berwuduk?


JAWAPAN:
Hukum berwuduk ketika membaca al-Quran adalah sunat.  Justeru orang yang berhadas masih boleh membaca al-Quran selagi mana tidak menyentuh mushaf al Quran berkenaan.  Tetapi jika ingin menyentuhnya atau membawa mushaf al-Quran maka wajiblah berwuduk kecuali di dalam keadaan terpaksa seperti mengalihkan al-Quran daripada laluan orang ramai yang dihuatiri akan dipijak oleh mereka. 

Wajib berwuduk ketika memegang al-Quran berdasarkan dalil al-Quran dalam surah al-Waqi’an ayat 79 yang bermaksud, (al-Quran) Yang tidak disentuh melainkan oleh para makhluk yang diakui suci dan bersih.”

 Lagipun memuliakan al-Quran adalah wajib justeru tidak dianggap memuliakan al-Quran jika memegangnya dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahupun hadas besar. 

Sunat berwuduk jika membawa al-Quran tafsir di mana kandungan tafsirnya lebih banyak berbanding ayat al-Quran.  Ketika ini kita tidak diwajibkan berwuduk, namun kita diharamkan untuk menyentuh ayat al-Quran tersebut seperti menyentuh untuk tujuan menunjuk ayat dan sebagainya.


Ruangan ini dikendalikan oleh Mohd. Zaidi Ramli. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.  Sekiranya pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, sila kemukakan soalan soalan ke alamat zaidi71_fnr@yahoo.com atau shamsinor-uksb@yahoo.com.my


Al Islam Oktober 2010