Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

04 May 2020

Anda Musykil : Lakukan Kebaikan Tanpa Redha Dan Sedekah Fatihah

Anda Musykil

Oleh: Muhd. Zaidi Ramli


Lakukan Kebaikan Tanpa Redha Dan Sedekah Fatihah

SOALAN:

Assalammualikum. Ustaz saya nak bertanya tentang 2 perkara

1. Sesuatu kejadian yang kita tak reda. Contoh belanja orang lain makan atau sebagainya.  Hati tak reda sebab buat kerana terpaksa, tetapi kita cuba meredakannya.  Ini kerana, duit tetap keluar. Kita juga mengetahui bahawa perbuatan kita itu tidak mendapat sebarang kebaikan pun kalau buat begitu. (Tidak dapat pahala) Dalam hal ini, adakah Allah menerima “kebaikan” yang kita lakukan walaupun dalam keadaan CUBA meredakan?


2. Saya ingin bertanya mengenai doa kepada ibu bapa yang sudah meninggal.  Tiap kali selepas solat, kita disarankan supaya mendoakan kesejahteraan roh mereka. Misalnya menyedekahkan Al-fatihah untuk mereka.  Adakah doa ini akan sampai kepada mereka?

Seri Sufida

JAWAPAN:

Pertama, amalan belanja orang lain makan adalah amalan yang harus.  Kita akan memperolehi pahala jika diniatkan untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah.  Niat pula hendaklah disertakan semasa kita melaksanakan amalan itu.  Tanpa niat kita tidak akan mendapat apa apa ganjaran. Cuma kita akan dapat menjalinkan hubungan persaudaraan, menghindarkan permusuhan dan sebagainya.  Justeru, amalan saudara itu walaupun tidak mendapat apa apa ganjaran daripada Allah kerana tidak berniat sebagai sedekah namun ia tetap bermanfaat dari aspek duniawi.

Sebagai orang yang beriman, kita mesti mengambil peluang pada bila bila masa untuk meraih ganjaran Allah dengan melakukan segala amalan yang bermanfaat dan selari dengan tuntutan syarak. Oleh itu cubalah kita berlatih untuk sentiasa berniat kerana Allah bila melakukan amalan amalan sedemikian.

Kesedaran saudari ini juga merupakan suatu bentuk amalan yang terpuji. Mengakui kesilapan dan merindui kasih sayang Allah adalah amalan hati yang mulia. Mudah mudahan saudari akan dirahmati Allah.

Kedua, Amalan anak Adam akan terputus disebabkan kematiannya.  Hanya tiga perkara lain yang dikecualikan iaitu: sedekah jariah yang dilakukan semasa hidupnya, ilmu yang diajarkan olehnya lalu dimanfaatkan oleh manusia dan anak soleh yang mendoakan.

Perbuatan saudari berdoa, bersedekah fatihah dan menghadiahkan ganjaran amal baik yang dilakukan untuk kedua dua ibubapa yang telah meninggal duania akan dapat dinikmati oleh mereka. Mereka akan sentiasa mendapat rahmat Allah kerana doa dan amal bakti yang dibuat oleh anak anaknya yang soleh. Alangkah beruntungnya kedua dua ibu bapa anda kerana mempunyai anak yang solehah seperti ini. Mudah mudahan Allah akan memberikan saudari zuriat yang standing atau lebih baik daripada saudari. Amin

Al Islam  Ogos 2009
m/s 80-81

Ruangan ini dikendalikan oleh Mohd. Zaidi Ramli. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.  Sekiranya pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, sila kemukakan soalan soalan ke alamat zaidi71_fnr@yahoo.com atau shamsinor-uksb@yahoo.com.my