Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

03 May 2020

Anda Musykil: Menuntut Ilmu Dengan Jin


Anda Musykil
Oleh: Muhd. Zaidi Ramli

Menuntut Ilmu Dengan Jin

SOALAN:
Ustaz, saya nak tahu bolehkah jin mengajar manusia ilmu yang diharuskan syarak, iaitu ilmu ilmu boleh memberi manfaat dan tidak memudaratkan.  Apakah hukumnya? Selain itu, bolehkan ilmu itu dipraktikkan dalam kehidupan manusia? Harap ustaz boleh jelaskan mengenai hal ini.  Kalau boleh, senaraikan buku buku yang boleh saya jadikan rujukan.

Mohd. Alif Haiqal

JAWAPAN:
Jin adalah makhluk yang wujud dan diciptakan oleh Allah.  Ada jin yang Islam, jin yang 

Islam tetapi berpelakuan jahat dan lalai dan jin boleh berinteraksi dengan manusia sebagaimana yang diriwayatkan oleh ramai periwayat hadith.  Jin juga ada yang mempunyai ilmu yang baik baik serta hikmah, dan ada juga yang mempunyai ilmu hitam seperti sihir dan lain lain.

Kita boleh mendapat ilmu yang baik baik daripada mereka.  Namun adalah lebih baik kalau kita dapat mempelajari ilmu daripada kalangan manusia sendiri.  Ilmu bukan hanya untuk nampak hebat tetapi ilmu adalah untuk memastikan kita memperolehi panduan untuk menjalani kehidupan harian agar diredai Allah.  Kita juga perlu menyedari, kadang kadang kita tersalah dalam mengamalkan ilmu yang kita pelajari.  Justeru kita perlu merujuk semula kepada guru.  Inilah mungkin kesulitan jika kita berguru dengan jin yang tidak nyata.

Apa yang lebih membimbangkan jika kebaikan jin itu merupakan tipu muslihat mereka untuk memperdaya dan menguasai kita.  Sebab itulah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 21 September 1995 telah membuat beberapa ketetapan berkaitan hal ini. Antaranya jawatankuasa berkenaan mengharamkan kita belajar daripada jin berkaitan ilmu sihir dan nujum, ilmu rawatan yang boleh membawa syirik, bersahabat dengan mereka untuk melakukan perbuatan yang jahat dan mendapat ilmu kuat dan sebagainya.

Saudara boleh membaca buku buku yang pernah diterbitkan dan ada di pasaran berkaitan hal  seperti karya Syeikh Umar Sulaiman al-Asyqar yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Al Islam  Ogos 2009

m/s 80-81

Ruangan ini dikendalikan oleh Mohd. Zaidi Ramli. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.  Sekiranya pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, sila kemukakan soalan soalan ke alamat zaidi71_fnr@yahoo.com atau shamsinor-uksb@yahoo.com.my