Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

21 October 2020

Soal Jawab Solat Oleh Ustaz Ahmad Fauwaz : Pitam

 Soal Jawab Solat

Oleh

Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil


Pitam, Perlukah Qada Solat?

 Adakah perlu seseorang  itu mengqada solat-solat yang ditinggalkan  sewaktu pitam?

 Jawapan:

 Mengikut  pendapat mazhab Syafi‘i dan  Maliki, orang yang pitam atau  dalam keadaan seumpama  koma tidak perlu mengqada  solat yang ditinggalkan pada  waktu pitam atau koma itu,  melainkan dia terjaga pada  sebahagian waktu solat (ertinya, dia tersedar ketika waktu  solat masih  berbaki).

 Ini berdasarkan hadis:  ”Aisyah bertanya kepada Nabi  tentang  lelaki yang pitam, lalu dia meninggalkan solat.  Nabi menjawab: 'Tidak ada  qada baginya melainkan  orang yang pitam itu bangun  pada waktu  solat lalu dia menunaikannya."’ (Al-  Mughni,Ibn gudamah)

 Adapun menurut mazhab  Hanbali, menjadi kewajipan  kepada individu tersebut  untuk mengqada solat yang  ditinggalkan ketika pitam  kerana hukumnya seperti  orang yang tidur.

 Manakala bagi mazhab  Hanafi, mereka berpendapat  sekiranya dia pitam melebihi  enam waktu solat  maka dia tidak perlu qada kerana  diqiaskan kepada orang gila.  Adapun jika kurang daripada  lima waktu ke bawah maka  dia  wajib mengqadakannya.


SOLUSI ISU#62