Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

20 October 2020

Soal Jawab Solat: Ustaz Ahmad Fauwaz :- Dahi Tertutup Ketika Solat

Soal Jawab Solat

Oleh

Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil

 

Dahi Tertutup  Ketika Solat

 Sekiranya kita bersolat  dalam keadaan dahi tertutup, sah atau tidak? Adakah hidung wajid dikenakan  ke lantai semasa  sujud?

 Jawapan:

Mengikut pandangan mazhab Sya fi‘i, hanya  dahi yang wajib terbuka ketika  bersujud. Cukup jika terkena  sebahagian daripada dahi. Sekiranya seseorang itu dahinya  berlapik ketika sujud, maka  solatnya  tidak sah.

 Pendapat ini berlainan  dengan mazhab Hanbali yang  mengatakan solat sah walau  pun dahinya berlapik.

 Sementara jika sujud di atas  hidung, mazhab Syafi‘i berpendapat ia  tidak wajib.

SOLUSI ISU#62