Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

20 October 2020

Soal Jawab Solat: Ustz Ahmad Fauwaz:- Apakah Difinisi Tamakninah?

                                                               Soal Jawab Solat

Oleh

Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil

 Tamakninah

Apakah definisi  tamakninah?

 Jawapan:

Tamakninah ialah  berhenti seketika dalam  solat sekadar  menyebut  Subhanallah.  la wajib dilakukan ketika rukuk, iktidal, sujud dan  duduk  antara  dua sujud. Sekiranya seseorang meninggalkan tamakninah dalam  solat, maka solatnya tidak sah  mengikut pandangan mazhab  Syafi‘i,  Maliki dan Hanbali.

 Manakala mazhab Hanafi  menyatakan bahawa solat tersebut sah tetapi berdosa. Hal  ini kerana Nabi menganggap  orang yang meninggalkan  tamakninah dalam solat ialah  pencuri. Oleh itu, mengikut pandangan jumhur ulama orang yang  meninggalkan tamakninah,  solatnva  tidak sah  dan berdosa.


SOLUSI ISU#62