Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

21 October 2020

Soal Jawab Solat Oleh Ustaz Fauwaz: Berdoa Untuk Hal Duniawi

 

Soal Jawab Solat

Oleh

Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil

 Berdoa Untuk Hal Duniawi

 Bolehkah kita berdoa  untuk meminta berkenaan  perkara duniawi selepas  membaca tahiyat akhir?

 Jawapan:

Mengikut pandangan mazhab Syafi‘i ia  dibolehkan berdasarkan hadis:  "Kemudian berdoalah dengan  sesuatu yang dia sukai.” (Riwayat  al-Bukhari  dan Muslim)

Hadis ini memberi keizinan  untuk berdoa berkaitan duniawi  dan ukhrawi.

 Berlainan pula dengan  mazhab Hanbali yang menyatakan tidak boleh berdoa  berkenaan perkara duniawi  berdasarkan hadis: ”Solat ini tidak sesuai   didalamnya perkataan anak Adam  melainkan tasbih, takbir dan  membaca al-Duran.” (Riwayat  Muslim)

 Doa dalam urusan dunia  termasuk perkataan anak Adam,  maka  ia tidak dibolehkan.

Saya berpandangan pendapat mazhab Syafi‘i lebih kuat  berdasarkan lafaz hadis yang  bersifat mutlak dan hadis itu  tidak mengkhususkan sesuatu  doa  baik dunia  atau akhirat.

 Jadi pengekalan berdoa  dengan mutlak hadis lebih afdal  daripada mafhum hadis yang  melarang.

SOLUSI ISU#62