Mencari Rahsia 40Empat puluh yang indah
DARI psikologinya pula usia 40 dikatakan sebahagian dari tahap di dalam kehidupan. Menurut pensyarah, Sekolah Psikologi dan Perkembangan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Nor Ba'yah Abdul Kadir, tidak ada istimewanya umur 40 kerana ia adalah proses biasa kehidupan. Katanya usia 40 adalah tahap kematangan, iaitu peralihan dari usia muda kepada peringkat akhir dewasa. Matang kerana pengalamannya bukan kerana umurnya. Kematangan itu bukan pada umur tetapi pada pengalaman yang telah dilaluinya. Usia ini dikaitkan dengan kematangan tapi ia hanya kaitan saja tetapi tidak semesti-nya ia benar. Ada juga orang yang berumur 40 tahun masih tidak boleh berfikir secara matang lagi. "Kita kena terima proses penuaan adalah proses yang normal, di mana semua orang akan melaluinya. Terima ia seadanya supaya kita tidak buat perkara yang luar biasa. Usia adalah perkembangan yang semula jadi iaitu semua manusia mengalami perubahan fizikai dan mental. "Prosesnya sama saja seperti kita mula belajar merangkak, bertatih, berjalan, bercakap dan berlari, ia adalah proses yang semula jadi. Tidak timbul bahawa life begins at forty, ia hanya propaganda barat. Malah kajian sains pun tidak pernah membuktikan bahawa kehidupan bermula pada usia 40. "Perubahan dari segi biologinya apa-bila berumur 40 yang agak ketara ialah kulit telah kendur, berkedut dan muka sudah nampak semakin kusam, Bagi mereka yang boleh terima keadaan itu akan mencuba mengubahnya untuk menjadi lebih muda dengan bergaya. Bagi yang tidak boleh terima perubahan akan mengalami krisis pertengahan usia namun tidak semua yang mengalaminya, lebih kurang 12 peratus saja. "Sesiapa yang mengalami krisis ini ja akan berpanjangan selama sepuluh tahun, Namun dalam psikologi ada beberapa faktor yang boleh menyumbang pada krisis pertengahan iaitu emptynest - terdapat perubahan di dalam struktur keluarga. Di dalam keluarga ada anak-anak yang telah dewasa dan mereka akan meninggalkan rumah. Ibu bapa mula rasa kekosongan di dalam hidup dan kuasa autonomi ke atas anak akan berkurangan. "Perkara ini kerap berlaku pada lelaki. Bila ekonomi sudah kukuh dan kehidupan sudah stabil, kekosongan itu menyebabkan lelaki mula mencari sesuatu untuk mengisinya. Apa yang boleh dilakukan untuk mengisi kekosongan itu maka lelaki akan mula bergaya. Itulah yang orang kata lelaki apabila berusia 40 mula berubah menjadi orang muda, cari pasangan baru dan berubah perangai. Sepatutnya lelaki lebih dekat dengan pasangan dan isteri lebih dekat dengan suami dan bersama suami mengisi kekosongannya tetapi itu tidak berlaku," jelasnya. Kemudian Dr. Nor Ba'yah menambah, satu lagi faktor yang menye¬babkan krisis pertengahan umur adalah crowdnest. Keadaan ini berlaku apabila anak-anak tidak mahu keiuar dari rumah walaupun setelah dewasa. Yang menjadi kebimbangan ibu bapa apa¬bila anak-anak melepaskan tanggungjawab kepada ibu bapa. Anak-anak bebas keluar masuk dari rumah tanpa minta izin sedangkan itu adalah rumah ibu bapa. Di situ ibu bapa akan rasa kuasa autonomi mereka semakin berkurangan terhadap anak-anak walaupun mereka masih tinggal serumah. Dari segi emosinya pula, orang yang ada krisis ini akan dapat kemurungan. Emosi ini ada kaitan dengan kematangan, kematangan berkaitan dengan pengalaman, emosi juga ada kaitan dengan hormon. Jika hormon serotonin stabil maka kukuhlah emosi dan boleh menghadapi semua dugaan yang mendatang. Orang yang boleh kawal emosinya akan hilang semua kebimbangan dan kemurungan. Selain itu pemakanan yang sihat dan senaman juga membantu untuk mengawal emosi serta mengurangkan stres. Namun Dr. Nor Ba'yah juga tidak menafikan ada juga yang boleh tenang menghadapi usia 40, terutamanya yang redha dan terima apa yang berlaku di dalam hidup serta berusaha untuk memperbaikinya. © AL ISLAM Julai 2011 3. 40 yang Maksimum2. Apabila usia menjengah 40...1. Kisah Helang
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2012 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.