(klik untuk paparan lebih besar)
Kad Pengenalan Perayu (bapa)
(Klik untuk paparan lebih besar)
My Kid Pesakit (anak)
2. Buat pengetahuan pihak tuan, anak lelaki saya yang kedua iaitu MUHAMMAD HAFUZA RAYYAN No My Kid 081205-02-0097 berumur 3 tahun 5 bulan dimasukkan ke hospital pada 5hb Februari 2012 setelah didapati kencing berdarah dan telah disahkan mengidap penyakit kanser buah pinggang (Wilm’s Tumor ) peringkat III selepas keputusan ujian biopsy pada 16hb Februari 2012. Pembedahan telah dilakukan untuk membuang buah pinggang sebelah kanan yang rosak akibat kanser tersebut pada 23hb Februari 2012 setelah berlakunya pendarahan dalaman. Buat masa sekarang saya perlu membawa anak saya untuk menjalani Chemotherapy setiap kali mengikut jadual yang dikeluarkan Pakar kanser Hospital Besar Pulau Pinang dan dia juga kerap kali dimasukkan ke wad apabila keaadaannya tidak stabil selepas Chemotherapy di buat. Rawatan ini akan berterusan dan mengambil masa yang agak panjang. 3. Saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana cuti bergaji saya dah pun habis untuk menemani anak saya di wad memandangkan ibunya perlu menjaga dua orang anak lagi yang berusia 5 tahun dan satu tahun lebih. Saya yang bekerja kilang secara kontrak ini dan berpendapatan rendah buntu kerana tidak dapat menambah pendapatan dengan bekerja lebih masa lagi seperti sebelumnya kerana anak sering kali demam dan kerap dimasukkan ke wad. Dengan penerangan diatas saya amatlah berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dengan sewajarnya . Bersama ini saya sertakan dokumen pengenalan, surat pengesahan doktor serta gambar anak saya sebagai rujukan. Sekiranya pihak tuan sudi bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun MAYBANK 152031508654 yang didaftarkan atas nama saya MOHAMMAD SA’AD BIN ABIDIN. Keperhatinan dan bantuan daripada tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan ucapan terima kasih. Yang Benar,Mohd Sa'ad(MOHAMMAD SA’AD)
(Surat dari Hospital Pulau Pinang)
(Klik untuk paparan lebih besar)
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2012 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.