<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2012 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
24 July 2012
UMUM: Korek hidung dan telinga
SEGALA dalam semesta ini ada sainsnya, termasuklah yang paling remeh dan yang paling pelik. Dalam cabang ilmu sains, nama teknikal untuk mengorek hidung ialah rinotilesis. Jika anda mempunyai tabiat mengorek hidung yang kronik, anda seorang penghidap rinotileksomania. Walau bagaimanapun, saintis telah melaporkan bahawa tabiat mengorek hidung dengan berpada adalah baik untuk kesihatan. Perbuatan ini berlainan pula dengan mengorek telinga, yang dikatakan oleh pakar perubatan sebagai sesuatu perbuatan yang berbahaya dan sepatutnya dielakkan. Istilah sains untuk tahi telinga ialah serumen. Kajian mendapati bahawa serumen mengandungi 60 peratus keratin, 12 - 20 peratus asid lelemak, 6-9 peratus kolesterol, selain bahan kimia organik yang lain. Kehadiran serumen di dalam liang telinga adalah untuk membantu melindungi organ penting di dalam telinga daripada dicemari bakteria, fungus, serangga ataupun air yang bertakung. Tahi telinga sepatutnya dibiarkan keluar dengan sendiri, tidak boleh dipaksa keluar dengan mengorek. Namun, adakalanya pengumpulan tahi telinga yang banyak boleh mengganggu pendengaran. Kajian menunjukkan bahawa tekanan stres serta perasaan risau boleh meningkatkan penghasilan serumen. Walau bagaimanapun, perbuatan mengorek telinga, terutamanya dengan lidi kapas amatlah ditegah kerana boleh memburukkan lagi keadaan. Lidi kapas boleh menekan serumen terperosok semakin dalam di liang telinga, menghalang laluan bunyi, sehingga boleh merosakkan gegendang yang sensitif. Oleh itu, jika tahi telinga berkumpul terlalu banyak, cubalah mendapat rawatan doktor, usahlah mengorek dengan sendiri. Walaupun mengorek telinga dihalang oleh doktor perubatan, tabiat mengorek hidung pula digalakkan oleh beberapa pakar. Kajian mengorek hidung telah dilakukan oleh Dr. Friedrich Bischinger, seorang doktor pakar di sebuah klinik paru-paru di Innsbruck, Austria. Kajian Dr. Bischinger bukan sahaja melibatkan tabiat mengorek hidung, tetapi memakannya sekali. Walaupun dianggap satu perbuatan kotor yang menggelikan, menurut Dr. Bischinger, mengorek hidung dan menelannya dapat membantu meningkatkan imunisasi tubuh. Dalam ilmu sains, menelan tahi hidung mempunyai istilahnya sendiri, iaitu mukofagi. Seperti tahi telinga, kewujudan tahi hidung di dalam liang nasal adalah untuk menyaring dan memerangkap bendasing seperti sel-sel mati, debu dan bakteria daripada masuk ke dalam tubuh. Oleh sebab tahi hidung mengandungi pelbagai bendasing kotor yang diperangkap dari udara, ramai yang berpendapat bahawa memakannya adalah perbuatan yang menjijikkan serta berbahaya untuk kesihatan, tetapi Dr. Bischinger mempercayai sebaliknya. Menurut Dr. Bischinger, perubatan moden sentiasa memerlukan kita menghadamkan bakteria dan virus bagi meningkatkan kesihatan tubuh serta melawan penyakit. Ini dapat diperhatikan dengan kewujudan vaksin imunisasi yang diperbuat daripada virus yang bagus untuk tubuh atau dibancuh daripada virus yang bahaya tetapi sudah diubah agar membantu mengubati tubuh. Jika difikirkan, cacar air juga diubati dengan virus. Setelah dijangkiti cacar air buat pertama kali, tubuh manusia akan menyimpan maklumat tentang virus yang menyebabkan penyakit tersebut, lalu menghalang ulangan jangkitan pada masa hadapan. Selain itu, manusia juga digalakkan meneguk minuman yogurt yang mengandungi bakteria dan probiotik yang dikatakan bagus untuk tubuh, selain membantu pencernaan. Kajian mendapati, bagi setiap botol kecil minuman yogurt, terdapat lebih enam bilion bakteria didalamnya yang dapat membantu tubuh melawan penyakit. Barangkali, daripada membeli minuman yogurt di pasaran yang mahal dan terlalu banyak kandungan gulanya, lebih baik kita menjadi lokek atau berjimat cermat dan memakan tahi hidung sendiri. Barulah bertepatan dengan pepatah "tahi hidung masin". Walau bagaimanapun, perbuatan mengorek hidung ada bahayanya jikalau dilakukan dengan terlalu ralit. Jika selaput kulit di dalam hidung luka atau koyak ketika mengorek hidung dengan kuku yang tajam, kapilari yang mengalirkan darah akan terdedah pada jangkitan. Keadaan ini akan lebih mudarat jika jari yang digunakan untuk mengorek hidung tidak bersih dan dilitupi bakteria. Oleh sebab kedudukan salur darah itu yang berhampiran dengan otak, jangkitan boleh merebak ke dasar otak, satu keadaan yang dipanggil sinus gegua trombosis. Infeksi tersebut akan menjadi lebih berbahaya dan boleh juga menyebabkan maut jika tidak dikawal dan diubati. Oleh yang demikian, perbuatan mengorek hidung sepatutnya dielakkan jika tangan anda kotor. Bersihkanlah jari dengan sabun dan air atau antiseptik dahulu, atau gunakan sapu tangan. Namun, menurut Dr. Bischinger, lebih baik menggunakan jari berbanding dengan sapu tangan. Hal ini demikian kerana sapu tangan anda tidak boleh melakukannya dengan lebih mendalam dan membersihkan lubang hidung dengan lebih terperinci. Stefan Gates, seorang pakar makanan dari United Kingdom, juga pernah melaporkan kajian mengorek hidung dalam bukunya yang bertajuk Gastronaut. Menurut beliau, 44 peratus daripada mereka yang disoal siasat mengatakan bahawa mereka pernah mengorek hidung dan memakannya. Menurut Gates, tubuh kita memang secara fitrahnya dicipta untuk mencerna tahi hidung. Oleh sebab itulah, jika menyelidik anatomi, lubang hidung itu bersambung dengan kerongkong, langsung masuk ke dalam perut. Ini tidak serupa dengan anatomi liang telinga yang berasingan daripada sistem pencernaan tubuh. Pakar turut mengatakan, jika dalam khalayak ramai,kanak-kanak lebih cenderung mengorek hidung berbanding dengan orang dewasa. Hal ini demikian kerana perbuatan tersebut secara sosialnya dipandang jijik oleh masyarakat dewasa. Semakin meningkat umur seseorang itu, semakin berkurangan kekerapan mengorek hidung secara terang-terangan. Dr. Bischinger menyarankan bahawa mengorek hidung adalah satu perbuatan natural dan baik untuk kesihatan, maka kanak-kanak sepatutnya dididik agar tidak malu melakukannya. Orang dewasa juga sepatutnya belajar berhenti mengatakan bahawa mengorek hidung adalah perbuatan jijik, serta berhenti menegah kanak-kanak yang mengorek hidung. Katakan kepada mereka, sesungguhnya orang dewasa juga turut mengorek hidung. Memang benar, hampir semua orang tidak kira usia mengorek hidung. Penyelidikan pernah dilakukan kepada orang dewasa tentang statistik mengorek hidung ini. Pada tahun 1995 The Journal of Clinical Psychiatry telah menerbitkan data kajian ini. Sebanyak 1000 orang telah disoal siasat dan mengatakan bahawa 91 peratus orang mengorek hidung sehingga dewasa. Perbuatan tersebut secara puratanya dilakukan sehingga empat kali sehari, dan mereka mengambil masa selama 15 minit sehingga lebih sejam membersihkan hidung. Pelik sekali dunia sains, semuanya mahu diselidik dan dikaji, termasuklah perbuatan remeh seperti mengorek hidung. Walaupun ada pakar seperti Stefan Gates dan Dr. Friedrich Bischinger yang mengatakan bahawa mengorek hidung dan memakannya adalah baik untuk kesihatan, sehingga kini masih belum ada kajian yang menyeluruh dan dipersetujui oleh majoriti saintis bagi membuktikan kebenarannya. Pendapat oleh seorang dua saintis tidaklah boleh dijadikan asas dan kepercayaan secara menyeluruh. Mungkin pada masa hadapan, ada kajian yang lebih terperinci tentang perkara ini. Dewan Kosmik Mac 2010 Maklumat TambahanDoc backs nosepicking