Terima bantuan bukan IslamKERANA KESEMPITANRuangan ini dikendalikan oleh:MOHD. ZAIDI RAMLIKetua Penolong PengarahBahagian Perkahwinan Dan Pembangunan KeluargaJabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, sila kemukakan soalan-soalan ke alamat zaidi71Jnr@yahoo.com atau shamsinoruksb@yahoo.com.my gambar hiasan
SOALAN APAKAH dibolehkan bagi seorang Muslim menerima bantuan daripada seorang bukan Islam. Untuk pengetahuan, saya bukanlah dari keluarga yang senang dan sering terputus bekalan. Jiran yang prihatin sering membantu saya dan ada kalanya saya menolaknya kerana merasa malu dengan keikhlasannya membantu. Saya pernah memohon bantuan di Baitulmal, tapi bantuan tersebut bukan bersifat bantuan bulanan. Oleh itu apakah boleh saya menerima sumbangan tersebut? JAWAPANORANG Islam boleh menerima apa-apa sumbangan yang diberikan oleh orang lain termasuk oleh orang bukan Islam, melainkan jika kita ketahui ia daripada sumber yang tidak halal. Paling tidak ia dapat memberikan kita sedikit ruang dan kemudahan sementara mengusahakan ikhtiar lain sebagai penyelesaian. Perasaan malu memang baik tetapi saudara kena bersifat realistik. Saudara bukan meminta sedekah cuma saudara menerima sumbangan. Baitul Mai adalah tempat orang Islam mendapat bantuan jika saudara layak pada perhitungan pengurusannya. Walaupun saudara hanya mendapat sumbangan walaupun bukan dalam bentuk bantuan bulanan, ia patut disyukuri. Pada hemat saya banyak lagi bentuk-bentuk bantuan yang Baitul Mai berikan, seperti bantuan modal berniaga, bantuan persekolahan dan sebagainya. Saudara juga boleh berhubung dengan jabatan-jabatan lain bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang saudara hadapi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain. © AL ISLAM April 2010<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2012 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.