Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

20 February 2013

Islam & Sains: Menangis kerana ALLAH


Menangislah kerana takut Allah
Oleh Detik Islam
 
 Mengapa kadang-kadang kita menangis, dan siapa yang menetapkan fitrah (naluri) ini kepada kita yakni fitrah menangis?
 
Seorang bayi sejak lahir ke dunia ini kita melihatnya menangis dan seseorang yang rapat dengan kita juga menangis. Maka menangis adalah fitrah Allah ciptakan pada diri manusia, dan kebanyakan orang-orang jahil meyakini bahawa menangis tidak ada manfaatnya.
 

07 February 2013

Soal Jawab Solat: Solat Sunat Tasbih

Solat Sunat Tasbih Berulang Kali
Soal Jawab SOLAT
Bersama
 
USTAZ FADZLI AL YAMANI

Soalan
Solat Sunat Tasbih Berulang Kali
 
Bolehkah kita me­nunaikan solat sunat tasbih berulang kali dalam satu hari dan melebihi daripada empat rakaat?
 

Soal Jawab Solat: Solat dalam tandas


Solat Dalam tandas
Soal Jawab SOLAT
Bersama
 
USTAZ FADZLI AL YAMANI
Soalan:
 
Solat di dalam Tandas
 
Saya bekerja di luar negara. Saya kerap me­nunaikan solat di dalam tandas yang bersih kerana mahu bersembunyi daripada majikan yang tidak memberi peluang untuk menunaikan solat kerana mengutamakan kerja. Ada­kah solat saya diterima?
 

05 February 2013

Alam Yang Dua: Hipnosis bukan kembara alam ghaib

FOKUS:
Interaksi Alam Ghaib
Hipnosis bukan kembara ke alam ghaib!
 
 
PEJAMKAN mata anda. Fokuskan minda anda. Bayangkan anda berada dalam satu terowong yang amat terang. Teruskan  perjalanan  anda sehingga anda menemui cahaya di hujung terowong. Pergilah ke sana kerana anda mungkin dapat menemui jawapannya!
 
Anda mungkin salah seorang yang menghadapinya. Kalau tidak anda, kawan, saudara mara, adik-beradik atau sesiapa sahaja di sekeliling anda mungkin pernah menceritakan keadaan yang serupa. Apa sebenarnya? Adakah ia realiti atau fantasi? Atau mungkinkah juga ia satu permainan minda untuk melepaskan anda dari belenggu tekanan yang anda hadapi. Apa pun kaedah rawatan yang anda terima, persoalan utamanya, mampukah manusia menjelajah ke satu alam lain yang cukup asing. Bagaimana pula dengan kaedah hipnosis yang dikatakan agak mirip dengan kaedah penjelajahan alam ghaib? Dengan erti kata lain, membawa seseorang ke suatu alam lain untuk mencari jawapan pada permasalahan yang dihadapi. Benarkah?
 

UMUM: Muslim membela hak non Muslim


Bolehkah Muslim membela hak non-Muslim?
Oleh
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
Ada yang bertanya saya mengenai hukum muslim membela hak non-muslim. Mereka merasa seakan berdosa seorang muslim itu berpihak kepada non-muslim yang menuntut hak dari muslim, sekalipun non-muslim itu di pihak yang benar. Ini kerana mereka merasakan membela hak non-muslim yang menuntut dari muslim bagaikan mengkhianati saudara seakidah ataupun ukhuwwah islamiyyah (Islamic brotherhood).
 

07 December 2012

Alam yg Dua: Fokus:- Usah terpedaya tipu daya syaitan



FOKUS
Interaksi Alam Ghaib:
Usah terpedaya dengan tipu daya syaitan
Lantas, menghilangkan sedikit rasa duka yang terpaksa diterima sebagai takdir yang telah ditentukan Allah untuknya, beberapa pengamal perubatan sedia membantunya. Dan di situlah bermulanya episod yang mendakwa anaknya ini 'disimpan' oleh makhluk di alam ghaib.
 
Apakah benar dakwaan itu atau ia sekadar untuk melegakan hati si ibu?

30 November 2012

Index Soal Jawab Solat



Soal Jawab SOLAT
 
“Dirikanlah
solat dari sesudah
matahari tergelincir
sampai gelap malam dan
Qur`anal fajri. Sesungguhnya
Qur`anal fajri itu disaksikan”(QS. Al-Isra`: 78)
 
 
Firman Allah S.W.T dlm surah  An-Nissa ayat 103
 
“Sesungguhnya sholat itu adalah fardhu (kewajiban)
yang telah ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”
Al-Munafiqun ayat 9,Allah SWT telah berfirman:
“ ...hai orang-orang yang beriman,
janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu
melalaikan kamu dari mengingat Allah (melaksanakan sholat lima waktu).
Barang siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi..”
   
Surah (Al-'Ankabuut 29:45)
  Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
 
 
Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ” ( Riwayat at-Tirmidzi )

“Shalat adalah tiang agama, barang siapa yang mengerjakannya berarti ia menegakkan agama, dan barang siapa meninggalkannya berarti ia meruntuhkan agama” (HR. Baihaqi)
 
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung semua, dibawah ini saya catatkan antara soal jawab mengenai Solat yg saya scan/copy/convert dari beberapa majalah tempatan. Antaranya soal jawab bersama Ustaz Fadzli Al Yamani (klik UFAY untuk mengenali beliau) dan beberapa penceramah/pendakwah yang lain
 
 

 
 
9. Lelaki solat pakai emas & sutera
8. Tertelan Makanan ketika Solat
7: Ganti Solat Sunat Masjid dengan Tasbih
6. Solat Sunat Tasbih

5. Solat dalam tandas

4. Meninggalkan Tahiyat Awal
3. Mandi wajib tanpa berwuduk
 2. Menahan Kencing dalam Solat
1. Tidak berjemaah di masjid/surau
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.