Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

19 April 2012

Alam Yang Dua:: Susuk Lelaki Beristeri Empat

Susuk lelaki beristeri empat
Oleh
HISHAM IDRIS
dan
NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
ahad@kosmo.com.my
 
 
ZAHID sudah berkahwin dengan Emilia apabila dia memakai susuk 10 tahun lalu. Pada masa itu, kontraktor dari Negeri Sembilan itu baru berumur 28 tahun. "Saya terpengaruh untuk memakai susuk itu selepas mendengar cerita pekerja-pekerja kontrak warga Indonesia mengenai kehebatan lelaki pemakai susuk," kata Zahid yang mendapat khidmat menanam susuk jarum emas pada kemaluannya daripada seorang lelaki Jawa di Sungai Buloh, Selangor. Ujar Zahid, selepas memakai susuk itu, keinginan seksnya naik mendadak.
 
"Isteri mana yang tahan melayan kehendak suami yang mahu melakukan hubungan intim sebanyak lapan kah sehari," ujarnya.
 
Menurut Zahid, 37, dia pada mulanya sekadar suka-suka memakai susuk itu. "Saya tidak ada masalah tenaga batin. Malah, saya telah dikurniakan anak dengan isteri sedia ada. Saya mencuba ilmu itu kerana nafsu semata-mata.
 
 
"Susuk itu betul-betul membuatkan keinginan seks saya membuak-buak hingga berada di luar kawalan. Isteri yang tidak sanggup melayan membenarkan saya berkahwin lagi seorang," beritahu Zahid.
 
Pantang
 
Namun, kalau sudah namanya nafsu, berapa ramai isteri pun masih tidak cukup. Dua orang isteri belum memadai bagi Zahid. Dalam tempoh tiga tahun selepas itu, Zahid berkahwin dengan dua orang wanita lagi.
 
"Saya berkahwin empat kerana itulah sahaja bilangan isteri yang dibenarkan dalam Islam," katanya. Zahid memberitahu, susuk itu berbentuk jarum yang dicucuk pada kemaluannya. Setiap satu jarum itu berharga RM300 memasukkan susuk itu mengambil masa selama satu jam setengah.
 
"Sepanjang memakai susuk tersebut, saya dilarang makan iabu, tembikai, pucuk paku serta sate. Saya mengikut pantang larang itu dengan cermat kerana kalau terlanggar pantang, kemaluan si pemakai akan  bengkak dan bernanah," terang bapa kepada lapan orang anak ini.
 
 
Lelaki ini juga mengaku selain susuk jarum emas, dia juga mengamalkan ilmu penunduk kulit kijang bagi menundukkan semua isterinya.
 
"Ilmu penunduk itu juga menerbitkan rasa hormat orang yang melihat saya," tambah Zahid yang mengambil keputusan untuk membuang susuk yang dipakai selepas bermimpi didatangi seorang lelaki tua yang berpesan kepadanya supaya kembali ke pangkal jalan. Dia mengakui mimpi itu ibarat loceng penggera yang telah menyedarkannya daripada perbuatan syiriknya selama ini.
 
"Disebabkan perbuatan saya ini, saya mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Saya turut diselubungi perasaan amat bersalah," tambahnya. Zahid berjaya membuang susuk itu selepas tiga bulan menjalani rawatan di Pusat Perubatan Islam At-Tobibi di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.
 
Sementara itu, penaung pusat rawatan terbabit, Shamsuri Safie percaya majoriti perkahwinan poligami di negara ini mendapat bantuan ilmu hitam. Beliau berkata, seorang lelaki bermadu empat cenderung untuk berdampingan dengan perkara yang menjurus kepada khurafat dan syirik. Katanya, secara semula jadi . . seorang wanita tidak sanggup   ^ berkongsi kasih dengan perempuan lain manakala lebih 90 peratus wanita dikatakan enggan rumah tangganya diganggu oleh pihak ketiga.
 
Gangguan
Sehubungan itu, dakwa Shamsuri, bagi melembutkan hati si isteri terdapat sekurang-kurang enam ilmu yang biasa digunakan si suami.
 
Burung Cenderawasih
 
"Enam ilmu yang digemari itu ialah menanam susuk pada kemaluan, menggunakan ilmu pemanis muka, ilmu penunduk, tangkal, bulu burung cenderawasih dan bulu' kijang," katanya. Mengulas lanjut, Shamsuri berkata, susuk pada kemaluan lelaki bertujuan menguatkan tenaga batin sekali gus memaksa isteri yang tidak tahan melayan merelakan si suami berkahwin lain.
 
"Susuk pula ada beberapa jenis termasuk menanam bebola besi dan jarum," jelas Shamsuri. Ada juga lelaki yang mengamalkan ilmu pemanis muka atau lebih dikenali sebagai sihir mata untuk membuatkan wanita yang disukainya menjadi gila bayang.
 
"Apabiia si isteri sendiri tolong meminangkan wanita lain untuk si suami, ia menandakan ada sesuatu yang tidak kena," hujah beliau. Jelasnya, minyak dagu, bedak, habuk dan air sering digunakan dalam ilmu jenis ini bagi memiliki wanita yang diidamkan.
 
muntah
Beliau menerangkan, setiap ilmu berkenaan mempunyai pantang larang, antaranya tidak boleh makan sate dan pisang, lalu di bawah ampaian, mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan menyentuh air zamzam. Bagi usia pengamal pula,
 
Shamsuri memberitahu secara umum lelaki berusia 30 tahun ke atas cenderung mempelajari ilmu itu tetapi akan cuba membuangnya setelah umur mereka mencecah 50-an.
"Apabiia pengamal mencecah usia 50, pengamal mula diganggu oleh makhluk halus dan hidup mereka tidak tenteram," ujarnya yang kini secara purata menjalankan rawatan membuang susuk ke atas dua hingga tiga pesakit dalam sebulan. Shamsuri menambah, sejak tahun 2003, beliau sudah merawat 73 lelaki pemakai susuk.
 
KOSMO Ahad  8/4/2012



<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.