Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

17 April 2012

Alam Yang Dua:: Jenazah luka dihiris jin belaan

Jenazah Luka Dihiris Jin Belaan
Diceritakan oleh
Ustaz Abdullah Abdul Talib
 
Gambar hiasan
 
TIAP kali menjelangnya Hari Kebangsaan, saya mesti teringat pengalaman menguruskan satu jenazah lebih kurang lapan tahun lalu. Jenazah yang saya uruskan itu umumya dalam lingkungan 60-an. Apa yang menghairankan ialah tak macam jenazah-jenazah biasa yang pernah saya uruskan, jenazah itu ada luka luka di muka dan tangannya.
 
Lukanya pula banyak, macam dihiris dengan benda-tajam. Macam mana boleh jadi macam itu? Entahlah ... tapi saya rasa latar belakang Allahyarham boleh berikan jawapan.


Pagi itu, masa orang tengah sibuk sambut merdeka, pergi berarak di padang, pasang bendera, tengok TV, salah seorang anak Allahyarham datang ke rumah saya dengan menunggang motosikal. Ketika itu hujan renyai.
 
"Ada apa Mat?" tanya saya. Saya memang kenal dengan anak Allahyarham itu, tapi tidaklah rapat sangat.
 
"Ayah saya meninggal dunia ustaz," katanya, perlahan. "Jadi saya nak minta ustaz tolong uruskan sebab orang yang uruskan jenazah di kampung kami tu ada hal. Ada yang balik kampung, anak kahwin, macam macam lagilah. Boleh ke ustaz?"
"Boleh ... boleh," jawab saya. "Kejap lagi saya datang."
 
Saya bersiap dan terus pergi ke rumah Allahyarham. Allahyarham meninggal dunia subuh dan nak dikebumikan sebelum asar, selepas anak dan saudara-mara dia sampai. Sebenarnya kematian Allahyarham tak mengejutkan saya sebab sebelum itu pun memang dia sudah sakit teruk.
 
Saya ni pula, kalau orang kampung sebelah minta tolong, saya akan tolong uruskan juga. Allahyarham pula memang saya kenal. Siapa Allahyarham? Yang itu akan saya ceritakan kemudian.
 
Apabila sampai tempat jenazah dibaringkan, saya tengok tubuh Allahyarham ditutup dengan kain. Orang kampung, anak-anak, saudara-mara dah ramai di situ. Yang baca surah Yasin lain, yang baca doa pun lain, yang menangis pun ada.
 
Selepas bacakan doa untuk Allahyarham, saya buka kain yang menutup mukanya. Subhanallah ... dalam sejarah 15 tahun saya menguruskan jenazah, inilah kali pertama saya bertemu dengan jenazah yang muka dan tangannya luka dihiris-hiris.
Lukanya ada tiga empat di kedua-dua tangan dan satu lagi di hidung. Yang peliknya luka tu nampak masih baru, macam luka semalam yang darahnya baru kering. Tapi tak ada bau.
 
Tapi kerja saya ni uruskan jenazah, jadi buatlah kerja sebaik yang boleh. Jadi saya dan beberapa pembantu pun uruskanlah jenazahnya. Kami cuci luka-luka tu sampai bersih. Anak-anak Allahyarham pun tolong sama.
 
Selain luka-luka, yang timbulkan pertanyaan kami ialah muka Allahyarham bercapuk-capuk, hitam, lebam, biru, merah, macam orang baru lepas bergaduh.
Kecuali luka-luka dan mukanya yang bercapuk-capuk, memang tak ada apa keanehan yang berlaku pada jenazahnya. Alhamdulillah, kami dapat selesaikan urusan itu hinggalah Allahyarham dikebumikan.
 
Tapi yang masih jadi tanda tanya pada saya, dan pada orang yang tengok jenazahnya, macam mana boleh ada luka dan muka Allahyarham menjadi lebam. Siapa yang tetak dia? Kalau nak dikatakan Allahyarham bergaduh dengan isterinya memang tak logik. Tak kanlah orang sedang sakit, nazak nak meninggal pun sempat lagi nak bergaduh dengan isterinya. Lagipula Allahyarham sudah tua, tengah nazak, tak kanlah isteri dia tergamak nak hiris tangannya.
 
Macam tu juga dengan capuk-capuk dan lebam-lebam di muka Allahyarham. Tak logik langsung kalau kita katakan semasa nazak itu Allahyarham bergaduh dengan isterinya, dan isterinya tumbuk muka dia sampai lebam.
 
Jadi macam mana boleh jadi macam itu? Memang susah saya nak jawab, tapi seperti yang saya katakan tadi, latar belakang Allahyarham kemungkinan besar ada kaitannya dengan apa yang berlaku itu.
 
Bukanlah nak burukkan Allahyarham, tapi mungkin cara hidupnya yang kurang elok boleh kita jadikan renungan. Allahyarham semasa mudanya kira paling nakal. Dia tak pukul orang tapi tak boleh tengok perempuan dahi licin. Semua nak digodanya, terutama-nya isteri orahg. Dia tak kira perempuan tu isteri kawan dia ke bukan, semua nak disapunya.
 
Sudahlah begitu, dia amalkan pula ilmu-ilmu tak baik. Saya dengar cerita dia ada menyimpan 'belaan'. Dengan ilmu yang diamalkannya itulah dia menganiaya orang. Dan yang jadi mangsa perbuatan jahatnya itu ialah lelaki yang sudah ada anak bini.
Apabila Allahyarham berkenan dengan isteri orang, maka dia buat ilmu untuk rosakkan kelelakian suaminya. Bukan seorang yang kena, ramai. Lepas seorang seorang dibuatnya. Apabila kelelakian sudah tak ada, isteri orang tu nak pergi mana? Dia pula pakai ilmu supaya dia nampak tampan. Maka mulalah suami isteri tak tenteram. Yang isteri tak puas hati dengan suami, si suami pula tak puas hati dengan isteri. Lelaki itu pula senang hati sebab isteri-isteri orang yang dia aniaya itu mula suka kepadanya.
 
Ramai yang menjadi mangsanya. Tapi orang kam­pung, khususnya lelaki yang dianiayanya, tak dapat nak buat apa-apa. Tambahan pula Allahyarham ini ada belaannya sendiri. Jin ke syaitan wallahuaklam. Cerita dia amalkan ilmu-ilmu salah dan simpan belaan boleh dikatakan semua orang kampung tahu. Malah saya sendiri pernah menyaksikannya.
 
Pernah suatu malam, saya duduk atas kerusi malas. Ketika itu TV sudah d itutu p. tapi lampu tak padam lagi. Saya duduk termenung fikir macam-macam. Terfikir juga, "Eh ... kenapalah aku ni bodoh sangat. TV dah tutup, lampu dah padam, buat apalah aku duduk sorang-sorang atas kerusi tengah-tengah malam buta ni."
 
Masa sedang layan fikiran itu, tiba-tiba ekor mata saya macam temampak ada satu lembaga menyerupai lelaki itu lalu di belakang saya. Lembaga berkenaan berjalan laju, dari dinding sebelah sini dan tembus ke. dinding sebelah Sana. Hilang terus. Saya termenung. "Aku tidur ke sedar ni?" tanya saya seorang diri. Sebab ingatkan itu cuma perasaan saja, saya terus masuk ke bilik untuk tidur.
 
Tapi baru saja tidursekejap, tiba-tiba anak saya menjerit. "Kenapa?" tanya saya. "Wak datanglah ayah." Masa itu lelaki tadi masih hidup lagi.
 
Allah itu Maha Kekal. Kita ni cuma makhluk-Nya. Kuat mana pun kita, akhirnya mati juga. Selepas puas menganiaya orang, lelaki tadi mula nyanyuk.
 
Tak lama kemudian dia jatuh sakit. Lebih kurang setengah tahun dia sakit. Dan masa sakit-sakit itulah dia mula luka-luka. Siapa yang hiris badan dia siapa pun tak tahu. Tapi ia lebih kurang macam dibuat oleh seseorang yang marah sebab budinya tidak dibalas.
 
Saya difahamkan, sebelum Allahyarham meninggal dunia, dia sempat serahkan belaannya itu pada seseorang. Tapi sejak dia ambil belaan Allahyarham itu, sampai sekarang kehidupan orang berkenaan rosak. Puas berubat, sampai habis beribu-ribu ringgit, tapi semuanya tak berkesan. Macam-macam masalah datang hingga banyak kerjanya terabai sebab nak ikutkan kehendak benda itu sahaja.
 
Satu lagi kisah yang hampir sama iktibamya berlaku empat lima tahun lalu, pada seorang lelaki yang masih dalam lingkungan 30-an. Akibat mengamalkan ilmu-ilmu mengarut, lama-lama dia menjadi tak betul, tinggalkan kerja, anak isteri, jadi tak tentu arah.
 
Apabila fikiran sudah tak betul, dia hilangkan diri. Dekat dua minggu ibu bapanya cari, tapi tak juga jumpa.
 
Setelah puas mencari, akhirnya jumpa juga. Tapi masa itu dia sudah jadi arwah. Suatu malam, mayatnya dijumpai duduk tersandar atas pokok jelutung. Entah dah berapa hari dia meninggal dunia saya tak tau tapi masa kami jumpa itu mayatnya dah busuk dan berulat.
 
Sebab mayat sudah reput, pokok itu pula tinggi, maka orang kampung tak sanggup nak panjat dan turunkan mayat lelaki berkenaan. Fikir punya fikir, maka mereka terpaksa sewa kren.
 
Apa yang menyedihkan, apabila kren angkat saja mayat itu, kepalanya tercabut dan jaruh ke tanah. Selepas itu saya dan beberapa orang rakan uruskan jenazahnya hingga dikebumikan. Ulatnya cukup banyak, lebih kurang segantang. Sampai kain kapan jadi kuning.
 
Bagi saya, kedua-dua pengalaman itu banyak memberikan iktibar. Itulah yang jadi pada kita kalau hidup bertuankan benda-benda karut. Kalau kita susah atau ada apa-apa hajat, ber mohonlah kepada Allah, bukannya pada jin atau syaitan. Kalau hidup dengan membela jin dan syaitan, itulah jadinya. Mula-mula seronok tapi lama-kelamaan kita pula yang jadi hambanya.
 
Satu lagi, masa hidup ini janganlah kita menganiaya orang, cerai-beraikan suami isteri, runtuhkan rumah tangga orang lain. Besar dosanya. Semoga Allah ampun-kan saya dan Allahyarham.
 
Koleksi cerita mayat.  Pedoman dan ikhtibar



<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.