Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

05 April 2012

Alam Yang Dua: Derita dirasuk 40 kali sehari

Derita dirasuk 40 kali sehari
Suri rumah dakwa sengsara terkena sihir selepas 40 hari kematian ibu
Oleh
Muhamaad Razis Ismail & Zulkifli Che Abdullah
am@hmetro.com.my



KOTA BHARU; "Ketika dirasuk,  saya pernah  memanjat pokok ubi kayu di belakang ru­mah seperti kera dan aneh-nya batang pokok itu tidak .patah," kata Suhaini Abdul Aziz, 30,yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu.
 
Suri rumah itu juga mengakui pernah cuba mencekik anaknya sendiri, terjun tngkap dan berlari keluar  meninggalkan rumah selain menyembah barangan berwarna kmiing serta meracau dalarn bahasa Siam, malah berperwatakan seperti orang tua.
 
Katanya, masalah misteri itu berlaku seiepas 40 hari  ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun lain dan selepas berkahwin dengan suami baru sebelum berlarutan sehingga kini.
 
 
"Sejak disihir, apabila ada 'benda' memasuki badan, sa­ya hanya mampu bercakap di dalam hati kerana dikunci di dalam, seolah-olah dikawal seseorang," katanya ketika diiemui di rumahnya di Kampung Mani, Kuala Besar, di sini.
 
                                                                       
Menurutnya, sebelum di-rasuk dia boleh merasa beberapa tanda awal sebelum mendakwa ada 'benda' mis­teri yang akan memasuki tubuhnya.
 
"Seiepas dimasuki 'benda' itu, badan saya menjadi se­perti kekuningan, kaki pucat, lelah serta marahkan.
 
"Anak perempuan saya yang berusia lima tahun juga akan melarikan diri seolah-olah boieh melihat dan 'benda' itu masuk ke dalam badan saya," katanya.
 
Menurutnya, disebabkan penyakit misteri dihidapinya itu dia tidak bekerja dan tidak boleh tinggal seorang diri di rumah.
 
"Benda itu akan menyerang tidak tentu masa dan tempat. Jika saya bekerja, sa­ya bimbang akan dirasuk di tempat kerja sehingga menyusabkan orang lain," ka­tanya.
 
Suhaini berkata, sejak diserang penyakit misteri itu dia sudah hertemu lebih 15 pengamal perubatan tradisional termasuk bomoh dan ustaz untuk mengubati penyakitnya di sekitar negeri ini.
 
"Pernah daiam sehari saya dirasuk 30 hingga 40 kali sehingga terpaksa memanggil bomoh dan ustaz berulang kali kerana tiada pilihan lain.
 
"Individu yang merawat saya memberitahu, sihir yang ditujukan kepada saya dihantar seseorang dari Tumpat dan Narathiwat, Thailand tetapi enggan mendedahkan siapa penghantar sihir berkenaan. Saya sekeluarga pun tidak mahu menuduh siapa yang melakukannya kerana tidak pasti dakwaan itu betul atau sebaliknya," katanya.
 
Suhaini mengakui pernah mendapatkan rawatan moden di hospital, namun selepas ujian darah dilakukan, doktor mengesahahkan dia sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit.
 
"Bagaimanapun, saya terkilan apabila disarankan ke hospital bahagia untuk mengenal pasti punca penyakit saya. Saya menolak cadangan itu kerana saya bukan berdepan masalah tekanan perasaan," katanya.
 
Sementara itu, kakaknya, Suhaibah Abdul Aziz, 31, berkata, sejak adiknya itu diserang penyakit misteri, dia terpaksa mengorbankan masa dan wang untuk rnembantu mengubati penyakit itu.
 
"Walaupun bekerja di pasar malam di Wakaf Baru dan tinggal di situ, saya ter­paksa berulang-alik pulang ke rumahnya untuk menemaninya.
 
"Kami sekeluarga juga ter­paksa rneminjam wang da­ripada jiran untuk membayar bomoh dan ustaz yang datang mengubat adik saya," katanya yang mengakui su­dah membelanjakan hampir RM5,000 untuk mengubati adiknya.
 
 
                                        Perbuatan menzalimi diri sendiri
 
KOTA BHARU: Perbuatan sihir masih berlaku di zaman maden kerana ia jalan pintas untuk menyakiti seseorang,
 
                                                                             
 Pengamal perubatan Islam. Khairul Anwar Yassin, 46, berkata, masalah berkenaan berlaku kerana ada pihak menawarkannya dan golongan yang lemah imannya sanggup mengambil jalan pintas mendapatkah khidmat menyihir seseorang
 
"Amalan memuja dan memohon pertolongan dari syaitan dan jin seperti selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun adalah syirik dan sesat.
 
"Harus diingat, sesiapa yang sanggup bersubahat melakukan sihir, mereka sebenarnya menzalimi diri
sendiri kerana akan mendapat balasan daripada Allah SWT," katanya.
 
Menurutnya, segala perbuatan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber seperti ai-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak Islam.
 
Katanya, antara kaedah boleh dilakukan untuk melindungi diri daripada sihir, adalah memperbanyakkan solat tahajud dan solat hajat untuk memohon petunjuk  daripada Allah.
 
"Insya-Allah, hanya Allah saja yang mampu menyembuhkan segala penyakit:," katanya.
 
Harian Metro Sabtu 31 Mac 2012




<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.