Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

15 August 2011

Soal Jawab Agama: Ramadan: Berbekam, derma darah, ambil darah

Fatwa Sana Sini
Ketahui apa yang anda lakukan
Batalkah puasaku hari ini?
 
4. Darah keluar dari tubuh sama ada kerana berbekam, menderma darah, tercedera dan mengambil contoh darah untuk tujuan analisa makmal.
 
Mengenai hal ini pula Ibn Bazz berpendapat, keluarnya darah dari hidung dan darah istihadah (darah penyakit) tidak membatalkan puasa kecuali haid. Nifas dan berbekam. Adapun menderma darah, lebih baik dilakukan setelah berbuka puasa iaitu pada malam hari kerana darah yang keluar banyak hingga menyerupai bekam.  Ada pun berbekam itu membatalkan puasa orang yang  membekam dan yang dibekam menurut pendapat ulama yang paling sahih berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w
 
“Batallah puasa orang yang membekam dan yang dibekam,:. Hadis Riwayat at-Tirmidzi.
 
Namun ada pula pendapat lain yang mengatakan, berbekam tidak batal puasa kerana yang membatalkan puasa adalah sesuatu yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka terus hingga keperut dan bukannya yang keluar dari tubuh (menurut pendapat Dr. Muhd. Uqlah)
 
Manakala pandangan yang mengatakan puasa terbatal kerana berbekam, diambil dari hadis riwayat Abu Daud dan Ibn majah dengan sanad sahih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda dengan hadis dari Ibn Abbas yang menyebut bahawa Rasulullah berbeam ketika keadaan baginda berpuasa (HR-Bukhari). Alasannya hadis dari Ibn Abbas berlaku ketika Haji Wida dan terkemudian daripada hadia yang menyebut batal puasa kerena berbekam (menurut pendapat Al-Qaradawi)
 
AL ISLAM Ogos 2011
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.