Fatwa Sana SiniKetahui apa yang anda lakukan
Batalkah puasaku hari ini?
11. Bagaimana pula dengan ubat titis mata dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka serta dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan seumpamanya di bahagian kepala?
Ibn Bazz berpendapat, menggunakan ubat titis mata, tidak membatalkan puasa walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama. Sebahagian ulama mengatakan, “Apabila rasanya sampai ke tekak maka akan membatalkan puasa.”
Pun begitu pendapat yang paling sahih adalah tidak membatalkan puasa secara mutlak. Ulama sepakat mengatakan, mata bukanlah jalan untuk menyuap makanan ke dalam badan. Namun tidak menjadi kesalahan jika tidak mahu berpegang kepada pendapat bahawa ubat titis mata tidak membatalkan puasa kerana terlalu berhati hati dan cermat di dalam soal ibadat puasa.
Pada asasnya ubat titis yang digunakan untuk mata mahupun telinga adalah tidak membatalkan puasa.
Ada juga pendapat lain tentang memasukkan sesuatu ke rongga terbuka, ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Menurut para ulanma seperti dinyatakan Dr. Muhd. Uqlah, tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiarkan tinggal di dalam kemaluan tadi kerana factor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu benda yang nampak nyata di perut.
Keadaan ini terkecuali, jika wanita atau lelaki memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluan dengan tujuan nafsu maka ia membatalkan puasa. Berlain jika tujuannya adalah untuk beristinjak maka menurut pendapat ulama hukumnya tidak batal puasa.
Pendapat itu juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. Namun tidak dinafikan terdapat juga fatwa yang mengatakan batal puasanya. Justeru, lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.