Fatwa Sana SiniKetahui apa yang anda lakukan
Batalkah puasaku hari ini?
2.Apakah hukumnya orang yang berpuasa menjalani kaedah perubatan infusi iaitu memasukkan ubat atau cecair selain daripada darah ke dalam tubuh secara terus dan perlahan ke dalam saluran darah? Tidak membawa kepada terbatalnya puasa apabila orang yang sakit memang benar benar memerlukan ubat itu, menurut pendapat yang paling sahih di kalangan ulama. Malah Ibnu Taimiyah juga memegang pendapat bahawa perkara di atas tidak membatalkan puasa kerana ia tidak sama dengan makan dan minum. Ini pula pendapat yang diutarakan oleh kebanyakan ulama seperti Sheikh Dr. Yusof Al-Qaradawi, Sheikh Md. Bakhit, Sheikh Abd. Rahman Taj, Sheikh Ahmad As-Syurbash. Infusi makanan, air seperti glukos untuk tujuan perubatan adalah tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Pun begitu, suntikan makanan akan menyebabkan puasa batal apabila ia diambil atau dilakukan dengan sengaja untuk melarikan diri daripada ujian keletihan, lapar dan dahaga puasa.
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.