Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

16 August 2011

Soal Jawab Agama: Ramadan: memberus gigi

Fatwa Sana Sini
Ketahui apa yang anda lakukan
Batalkah puasaku hari ini?
 
 
6. Apakah orang yang berpuasa boleh menggunakan ubat gigi untuk memberus gigi pada siang hari bulan Ramadan dan berkumur kumur?
 
Menurut Ibn Bazz, tidak menjadi masalah memberus gigi dengan ubat gigi, asalkan sentiasa berjaga jaga supaya tidak tertelan ubat gigi. Bersugi juga disyariatkan kepada orang yang berpuasa pada awal pagi dan petang.  Namun demikian ada sebahagian ulama berpendapat makruh memberus gigi sesudah matahari tergelincir, ada pun pendapat itu adalah lemah.
 
Sebenarnya memberus gigi pada siang hari bulan Ramadan tidak makruh.  Ia berdasarkan hadis nabi yang diriwayatkan oleh al-Nasai yang bermaksud,
 
“Bersiwak itu membersihkan mulut dan mendatangkan keredhaan Allah.”
 
Selain itu ada satu lagi hadis yang menyatakan tuntutan bersugi, “Kalau saja tidak akan memberatkan umat ku, pasti aku perintahkan bersugi pada setiap solat.”  Jika diambil dari keterangan hadis itu setiap waktu, juga mencukupi solat zuhur dan asar, kedua duanya berada sesudah tergelincir matahari.
 
Begitu juga halnya menyembur mulut untuk menghilangkan bau nafas orang yang berpuasa pada siang hari, dibolehkan. Asalkan semburan itu suci dan selamat kerana ia bukanlah termasuk di dalam kategori makan dan minum.
 
AL ISLAM Ogos 2011
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.