Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

15 August 2011

Soal Jawab Agama: Ramadan: Mimpi Basah


Fatwa Sana Sini
Ketahui apa yang anda lakukan
Batalkah puasaku hari ini?
Selamat berpuasa semuga puasa kita tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.  Banyak perkara  yang sering disalah faham tentang puasa dan kita terus menghukumkannya sebagai batal puasa. Tanpa bersandarkan nas terus saja puasa dikataka terbatal apabila berlaku sesuatu perkara tapi sebenarnya itu hanya sebahagian daripada percampuran budaya dan adat semata mata.
 
Harapannya himpunan fatwa yang dikeluarkan oleh tiga orang ulama terkenal iaitu Abdul Aziz Ibn Bazz atau Ibn Bazz, Muhammad Shalih al Utsaimin dan Al-Qaradawi dapat menambahkan keyakinan untuk menjalankan ibadat puasa.
 
BATAL ATAU TIDAK?
 
 1.Apabila orang yang berpuasa bermimpi basah pada siang hari di bulan Ramadan, adakah puasanya terbatal? Apakah wajib untuk menyegerakan mandi junub?
 
Menurut pendapat Ibn Bazz, mimpi basah tidak membatalkan puasa kerana perkara itu terjadi bukannya dengan pilihan orang yang berpuasa. Dan, apabila telah basah maka itu adalah air mani maka wajib mandi junub.  Kalau mimpi basah itu berlaku setelah solat subuh lalu menundakan mandi junub sehingga solat zuhur maka tidak ada apa apa dan puasanya tidak batal.
 
Begitu juga kalau bersama dengan isteri pada malam hari dan tidak mandi sehingga terbit fajar, maka tidak berdosa dan masih boleh menunaikan puasa.  Diwajibkan menyegerakan mandi junub sebelum terbitnya matahari agar dapat solat subuh dengan berjemaah.
 
Di dalam hal ini terdapat keterangan yang jelas daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w, bahawa baginda masih di dalam keadaan junub pada pagi hari kerana bersetubuh dengan isterinya, lalu baginda mandi dan meneruskan puasa.
 
Begitu juga bagi wanita yang haid dan nifas, jika sudah suci pada malam hari dan menangguhkan mandi junub sehinga terbitnya fajar.  Kemudian sebelum menunaikan solat subuh, lalu mereka mandi junub maka kedua duanya  tidak berdosa dan puasanya sah.  Tetapi jangan menanguhkan mandi junub sehingga terbitnya matahari dan terlepas solat subuh.  Bahkan, diwajibkan untuk menyegerakan mandi sebelum terbit matahari agar boleh meninaikan solat subuh tepat pada waktunya.
 
AL ISLAM Ogos 2011
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.