Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

23 November 2011

Mencari Rahsia 40: usia maksimum

40 yang maksimum
Mencari Rahsia 40
 
 
Empat puluh bukan sekadar pada usia tetapi banyak yang dikaitkan dengan nombor itu disebut dalam al-Quran dan hadis.  Apa rahsia nombor itu maka ia banyak disebut oleh Allah? Bagi Dr. Faizal Ahmad Shah, nombor 40 ada signifikan di dalam Islam, banyak hadis yang menyebut tentang angka itu dan ia juga di sebut oleh al-Quran.  Di dalam al-Quran juga ada banyak ayat yang menyebut tentang 40, yang mana ia tidak terhad pada usia saja tetapi meliputi soal hukuman, ganjaran, tempoh masa dan perkara yang lain.
 
Misalnya di dalam surah al-Baqarah ayat 51,
 
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam.  Kemudian, setelah ia pergi kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang orang zalim (terhadap diri sendiri)”.
 
Pada surah  yang lain pula, ada disebutkan tentang 40 yang bermaksud, Allah berfirman,
 
“Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau rayau dengan binggungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai): maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu.” – Surah al-Maidah ayat 26.
 
 

21 November 2011

UMUM: murtad kerana gadjet hina Islam


Dakwaan murtad kerana Injil tenaga solar hina Islam
8:35AM
Nov 18, 2011
 
 
Kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut  ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ sebagai menghina, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
 
“Saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak.
 
“Bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi. Hari ini segala bacaan samada al-Quran ataupun Bible boleh di dapati di internet. Pelbagai peralatan, samada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini.
 
 

18 November 2011

Mencari Rahsia 40: Jawapan Kepada Kenapa 40

 
Mencari Rahsia 40
Jawapan kepada kenapa 40?
 
Laporan Khas
Oleh
Norimanah Seman
 
Allah tidak memilih atau menjadikan sesuatu tanpa ada hikmahnya.  Ada sebab mengapa  Nabi Muhammad s.a.w. dipilih menjadi rasul ketika usia 40 tahun.  Pada pandangan mata kasar usia itu berada di peringkat menurun keupayaannya dari segi fizikal, tenaga dan mental.  Semakin tua juga dikatakan juga ingatan semakin berkurangan, kulit kendur, rambut beruban, lemak berkumpul pada pinggang dan punggung semakin sukar untuk dihilangkan, penglihatan semakin berkurangan, penyakit sedang menanti untuk bertamu.
 
Semua yang buruk dan Nampak menakutkan apabla usia menjengah 40.  Namun pasti  ada sesuatu yang baik, yang kita tidak nampak tetapi Allah lebih mengetahuinya.  Kajian yang dilakukan oleh Dr. Gene-Cohen, Pengarah Centeron Aging, Health & Humanities di Pusat Perubatan Unversiti George Washington, Amerika Syarikat akan menjawab semuanya tentang usia 40.
 
 

08 November 2011

UMUM: Anak tak sah taraf

Anak tak sah taraf:
Mufti Perlis nasihat ibu bapa cabar JPN
Oleh
G Manimaran
Selasa, 8 November 2011
 
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya
 
KUALA LUMPUR, 8 Nov — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menasihatkan keluarga Muslim, yang berhadapan masalah meletakkan nama keluarga bagi anak luar nikah atau bayi yang lahir dalam tempoh enam bulan selepas perkahwinan satu-satu pasangan, agar mencabar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mahkamah jika enggan menerima pengakuan si lelaki bahawa dia adalah bapa yang sah. Menurut Juanda, keengganan JPN menerima pengakuan seseorang bapa sebenarnya memalukan mereka dan ia amat jelas bertentangan dengan Islam lebih-lebih lagi jika sudah ada fatwa negeri sebagaimana diputuskan oleh kerajaan negeri Perlis.
 
 

02 November 2011

Bicara Kalbu: Dilema antara suami baran dan bekas kekasih

Isteri orang mahu kahwin bekas kekasih
Bicara Kalbu
 
Soalan:
Saya berusia 36 tahun, berpendidikan tinggi dan bekerja  di syarikat swasta yang agak terkenal.  Saya sudah berkahwin dan mempunyai empat  anak.  Suami saya seorang yang panas baran dan tidak pernah member nafkah sejak mula berkahwin hingga kini.  Saya sudah tidak tahan dengan sikap suami dan kami  dalam proses  perceraian.  Suami bersetuju menceraikan saya dan kini peguam kami sedang membincangkan isu nafkah anak.  Ketika proses perceraian ini, secara kebetulan saya terjumpa kekasih lama selepas hamper 20 tahun terpisah.  Awalnya saya cuba mengelak  daripada berhubung  dengan  bekas kekasih saya itu, tetapi akhirnya  hubungan kami menjadi rapat. 
 
 

Perjalanan Mencari Bahgia: Dengarlah Cerita Isterimu

Dengarlah Cerita Isterimu
 
 
Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.
 
Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu. Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full-time-house-wife" tu, meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.
 
 

01 November 2011

Index UMUM

UMUM
Tiada klasifikasi khusus
Tetapi sering kali kita dibodohkan dengan  tafsiran tafsiran  tak masuk akal 
yang lebih memberatkan pada adat istiadat  turun temurun tanpa bersandarkan hukum agama.
Disini ….. harap harapnya ada kemuskilan yang mampu dileraikan tanpa memecahkan kepala






21.Bomoh Temberang:- .... ditipu Tok Gajah
20. Air kencing penawar ..??
19. Bomoh Temberang: dicabul perawat songsang
11. Anak tak sah taraf: Mufti Perlis nasihat ibu bapa saman JPN

<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2013  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.