Dakwaan murtad
kerana Injil tenaga solar hina Islam
8:35AM
Nov 18, 2011
Kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa umat
Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman
menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau
disebut ‘Solar Powered Handheld Talking
Bible’ sebagai menghina, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri
Zainul Abidin.
“Saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di
Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the
power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak.
“Bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu
yang amat tidak wajar bagi seorang exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi.
Hari ini segala bacaan samada al-Quran ataupun Bible boleh di dapati di
internet. Pelbagai peralatan, samada komputer ataupun selainnya boleh melakukan
'download' semua bacaan ini.
Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
21 November 2011
18 November 2011
Mencari Rahsia 40: Jawapan Kepada Kenapa 40
Mencari Rahsia 40Jawapan kepada kenapa 40? Laporan Khas Oleh Norimanah Seman
Allah tidak memilih atau menjadikan sesuatu tanpa ada hikmahnya. Ada sebab mengapa Nabi Muhammad s.a.w. dipilih menjadi rasul ketika usia 40 tahun. Pada pandangan mata kasar usia itu berada di peringkat menurun keupayaannya dari segi fizikal, tenaga dan mental. Semakin tua juga dikatakan juga ingatan semakin berkurangan, kulit kendur, rambut beruban, lemak berkumpul pada pinggang dan punggung semakin sukar untuk dihilangkan, penglihatan semakin berkurangan, penyakit sedang menanti untuk bertamu. Semua yang buruk dan Nampak menakutkan apabla usia menjengah 40. Namun pasti ada sesuatu yang baik, yang kita tidak nampak tetapi Allah lebih mengetahuinya. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Gene-Cohen, Pengarah Centeron Aging, Health & Humanities di Pusat Perubatan Unversiti George Washington, Amerika Syarikat akan menjawab semuanya tentang usia 40.
08 November 2011
UMUM: Anak tak sah taraf
Anak tak sah taraf:
Mufti Perlis nasihat ibu bapa cabar JPN
Oleh
G Manimaran
Selasa, 8 November 2011
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya
KUALA LUMPUR, 8 Nov — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menasihatkan keluarga Muslim, yang berhadapan masalah meletakkan nama keluarga bagi anak luar nikah atau bayi yang lahir dalam tempoh enam bulan selepas perkahwinan satu-satu pasangan, agar mencabar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mahkamah jika enggan menerima pengakuan si lelaki bahawa dia adalah bapa yang sah. Menurut Juanda, keengganan JPN menerima pengakuan seseorang bapa sebenarnya memalukan mereka dan ia amat jelas bertentangan dengan Islam lebih-lebih lagi jika sudah ada fatwa negeri sebagaimana diputuskan oleh kerajaan negeri Perlis.
02 November 2011
Bicara Kalbu: Dilema antara suami baran dan bekas kekasih
Saya berusia 36 tahun, berpendidikan tinggi dan bekerja di syarikat swasta yang agak terkenal. Saya sudah berkahwin dan mempunyai empat anak. Suami saya seorang yang panas baran dan tidak pernah member nafkah sejak mula berkahwin hingga kini. Saya sudah tidak tahan dengan sikap suami dan kami dalam proses perceraian. Suami bersetuju menceraikan saya dan kini peguam kami sedang membincangkan isu nafkah anak. Ketika proses perceraian ini, secara kebetulan saya terjumpa kekasih lama selepas hamper 20 tahun terpisah. Awalnya saya cuba mengelak daripada berhubung dengan bekas kekasih saya itu, tetapi akhirnya hubungan kami menjadi rapat.
Perjalanan Mencari Bahgia: Dengarlah Cerita Isterimu
Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.
Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu. Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full-time-house-wife" tu, meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.
01 November 2011
Index UMUM
UMUM
Tiada klasifikasi khusus
Tetapi sering kali kita dibodohkan dengan tafsiran tafsiran tak masuk akal
yang lebih memberatkan pada adat istiadat turun temurun tanpa bersandarkan hukum agama.
Disini ….. harap harapnya ada kemuskilan yang mampu dileraikan tanpa memecahkan kepala
11. Anak tak sah
taraf: Mufti Perlis nasihat ibu bapa saman JPN
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2013 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka dengan menampilkan dari mana asal usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
28 October 2011
Index Kisahnya
Koleksi kisahnya
Link lama:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/24550
01-2-2008
xxxx
Koleksi kisahnya
Dibawah adalah
sebahagian koleksi kisahnya
yang ada dalam blog ini. Bacalah
setiap baris ayat dengan hati yang terbuka
dan akal yang mahu berfikir. Mungkin juga kisahnya
bukan cerita kita tetapi jangan dinafikan bahawa kisahnya
mampu menghambat perasaan.
(0) v (0)
Kahwin Lain Agama: Rima - Marcell mengundang kontroversi Bah. Akhir
Kahwin Lain Agama: Rima - Marcell mengundang kontroversi Bah.2
26 October 2011
Index Mencari Rahsia 40
Mencari Rahsia 40
Laporan Khas
Oleh
Norimanah Seman
5. Apabila usia menjengah 40 4.Empat puluh yang indah3. 40 yang Maksimum2. Jawapan Kepada kenapa 40...1. Kisah Helang <<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
25 October 2011
Mencari Rahsia 40: Kisah Helang
Suatu petang dalam perjalanan balik dari pejabat saya dihidangkan dengan sebuah cerita yang menarik di corong ardio. Kisahnya tentang seekor helang yang berjuang untuk hidup ketika berusia 40 tahun. Dari situ timbullah idea untuk mencari dan mencungkil rahsia 40 di dalam kehidupan insane. Adakah sama seperti yang dilalui oleh si heang atau blad eagle yang tinggal di kawasan pergunungan Amerika Utara?
14 October 2011
Info - Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat??
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana???
13 October 2011
Iwan Syahman - Semua Allah Punya
Lihatlah gunung yg tinggi
Subhanallah itu Allah yg punya
Lihatlah pantai yg indah
Subahallah itu Allah yg punya
Tiada yg engkau punya
Semua Allah yg punya
11 October 2011
Berjumpa kembali
Syukur .. Alhamdulillah .. dapat juga sy kembali bertemu dengan pengunjung semua. Setelah berehat panjang, Insyaallah sy akan cuba melapangkan masa untuk menjawab soalan2 yg memenuhi email dan ruang komen tertangguh. Terima kasih sekali lagi kerana memberi kepercayaan kpd sy untuk menjawab soalan pengunjung. Tanpa pengunjung semua tiadalah sy mampu melaksanakan fardu kifayah ini.
23 September 2011
Index Kisah Murtad
Link Lama Semenjak
14-12-2007
10:54 AM (1439 days, 23h, 5min ago)
perjalanan mencari diriNYA
tidak semudah bercerita
kerana itu
waspada
iman
bukan dinilai
dengan berapa tingkat serban dikepala
tetapi berapa kerap kita berada disisiNYA itu yang dikira
Di bawah antara link kes kes murtad yang ada dalam blog ini.
Jadikanlah kisah ini sebagai batu sempadan antara dunia kita
dengan alam fantasi mereka. Mereka yg tergelicir ini
telah menemui apa yang di idamkan tetapi
percayalah bahawa jiwa dan raga
mereka tidak samasekali
berada
didalam
keadaan aman
tenteram. Secara zahir
memang mereka sedang bergumbira
Tapi pada hakikatnya mereka sedang teraba raba
mencari
cahaya yang hilang
entah kemana, wal hal suatu waktu
dulu cahaya itu berada dihadapan mereka
--(0) v (0)--
Koleksi Kisah Kisah Murtad
Update Terkini
23 November 2011
Murtad kerana gadjet hina Islam
Masih ada jalan pulang ....... (kalau dicari)
Subscribe to:
Posts (Atom)











