Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

19 April 2020

Anda Musykil: Benci Ibu tidak hormat ayah


Anda Musykil
Oleh: Muhd. Zaidi Ramli

Benci Ibu tidak hormat ayah

Assalamualaikum Ustaz,

SOALAN
Mohon pandangan daripada ustaz. Apakah hukum seorang anak ‘membenci’ sikap ibunya yang membelakangkan suaminya dalam apa jua urusan kehidupannya? Dengan kata mudah, apa jua perkara yang dilakukan oleh si ibu tidak pernah mendapat izin daripada suaminya. Misalnya keluar rumah sesuka hati.  Alasan yang diberikan, si suami juga tidak pernah memberitahu si isteri jika keluar dari rumah atas sesuatu urusan.

Bukan itu sahaja, si ibu juga sering menceritakan keaiban si suami dihadapan kawan kawannya. Dengan alasan untuk melepaskan tekanan yang dialaminya. Masalah rumah  tangga dijaja ke sana ke mari tanpa menghiraukan perasaan si suami. 

Lantaran sikaa si ibu yang sedemikian, maka si anak ada kalanya terpaksa ‘membenci’ ibunya.  Bukan kerana benci kepada ibu yang melahirkannya tetapi benci kerana sikap dan perbuatan yang dilakukannya.  Lebih malang, apabila perbuatan si ibu di tegur, maka akan berlakulah sedikit ‘pertengkaran’ lalu si anak dikatakan bersikap derhaka.  Harap ustaz dapat menjelaskan, derhakakah anak jika bersikap demikian?

JAWAPAN
Sikap si isteri yang suka membelakangkan suami, keluar rumah tanpa keizinan dan mengaibkannya di hadapan rakan adalah satu perbuatan mungkar, berdosa besar dan dilaknat oleh Allah.  Suami mempunyai hak untuk dihormati selagi dia mempunyai sifat ihsan terhadap isteri.  Imam al-Suyuti ada meriwayatkan hadis yang menjelaskan kenapa penghuni neraka banyak dikalangan kaum wanita. Antara sebabnya ialah si isteri sering menafikan secara total ihsan dan budi baik suami apabila si suami melakukan kesalahan.

Apabila berlaku kemungkaran orang Islam wajib mencegahnya sama ada dengan tangan, lidah atau hati.  Mencegah mungkar dengan hati itu adalah tergolong dalam selemah lemah iman. 

Perasaan benci saudari pada sikap keji ibu kandung yang tidak menghormati suaminya adalah satu daripada bentuk pencegahan mungkar.  Perbuatan tersebut tidak berdosa bahkan ia wajib dan mendapat ganjaran pahala pula.

Cuma sebagai nasihat, jangan sekali kali bertegang leher dengan ibu kita kerana Allah menyuruh kita berbuat baik kepada kedua dua ibu bapa dan melarang kita meninggikan suara. 

Barangkali saudari boleh mendapatkan khidmat pihak ketiga untuk mencari punca krisis mereka.  Kita tidak boleh meletakkan kesalahan kepada ibu sahaja. Mungkin ada faktor lain yang kita tidak ketahui.  Yang salah tetap salah dan lebih baik jika kita mencari jalan penyelesaian yang praktikal supaya kedua dua orang tua kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.  Saudari  perlu banyak berdoa kepada Allah agar mereka berdua mendapat taufikNya.

Ruangan ini dikendalikan oleh Mohd. Zaidi Ramli. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.  Sekiranya pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, sila kemukakan soalan soalan ke alamat zaidi71_fnr@yahoo.com atau shamsinor-uksb@yahoo.com.my

Al Islam Disember 2010