Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

07 April 2020

Soal Jawab Solat: cara terbaik ketika memberi salam?


Soal Jawab Solat

Oleh Ustaz Fadzli Al-Yamani


Lafaz Salam Terbaik

SOALAN:
Apakah lafaz dan cara terbaik ketika memberi salam?

JAWAPAN:
Lafaz ucapan salam yang paling sempurna ialah “assalamualaikum warahmatullah”. Tidak disunatkan untuk menambah kalimah “wabarakatuh”, sekurang kurangnya lafaz “assalamualaikum” sekali.


Kaedah terbaik memberi salam adalah dengan memalingkan wajah ke kanan atau ke kiri sehingga boleh dilihat pipi dari belakang. Said Ibn Qawas berkata “ Aku melihat Nabi s.a.w. memberi salam ke kanan dan ke kiri sehingga kelihatan putihnya pipi Baginda s.a.w. (Riwayat Muslim)

Permulaan lafaz kedua dua salam adalah pada saat menghadap kiblat (dada menghadap kiblat, bukan wajah) kemudian berpaling  dan sempurnanya lafaz salam adalah ketika sempurnnya arah berpaling sama ada kanan atau kiri. Pisahkan kedua dua salam dengan kadar sebentar.

Hendaklah berniat ketika memberi salam kepada orang yang berada di sebelah kanan dan kiri yang terdiri daripada malaikat, manusia dan jin.

Manakala imam pula niatnyakepada semua para makmum. Jika solat bersendirian, maka niatka dua salamnya kepada malaikat.


Majalah Siasah Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013

m/s 38