Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

10 April 2020

Fiqah Amali: Berzikir Menggunakan Tasbih


Fiqah Amali
Ustaz Fadzli Al-Yamani


Berzikir Menggunakan Tasbih

SOALAN
Saya pernah mendengar teguran daripada seseorang  bahawa menggunkan tasbih semasa zikir adalah bidaah. Menurutnya, berzikir mengikut Sunnah adalah dengan jari. Benarkah kenyataan tersebut?

JAWAPAN
Memang wujud golongan yang berpendapat sedemikian berdasarkan hadis sahih sebagai
hujah.  Mereka menghukum orang mengguna tasbih atau semua alat tasbih selain jari untuk berzikir sebagai bertentangan dengan Sunnah Baginda s.a.w. ataupun disebut bidaah.

Dalilnya ialah hadis daripada Abdullah bin Umar r.a., beliau berkata, “Saya melihat Rasulullah s.a.w.bertasbih dengan (jari jari) tangan kanannya.” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Sahih al-Jami’ jil.4, hlm 271)

Dalam hadis tersebut di perintahkan bertasbih dengan jari jemari. Baginda s.a.w. ada menerangkan hal ini sebagaimana dalam hadis daripada Yusairah r.ha., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami, maksudnya:

“Hendaklah kamu selalu bertasbih, bertahlil dan bertasbih serta hitunglah dengan jari jari kerana sesungguhnya jari jari itu akan ditanya dan akan bercakap sebagai saksi. Janganlah kamu lalai sehingga kamu lupa akan rahmat Allah s.w.t.”. (Rimawat at-Tirmizi)

Ada juga mengatakan bahawa semua hadis yang menerangkan berzikir dengan biji tasbih adalah daif, juga dikaitkan dengan penganut ajaran Buddha atau hindu yang menggunakan tasbih.  Terdapat juga pendapat mengatakan tasbih berasal daripada agama lain.

Namun begitu, terdapat juga dalil bahawa Baginda s.a.w. tidak menegah dan membantah para sahabat menggunakan medium selain jari untuk berzikir walaupun diketahui sendiri oleh Baginda. Justeru, berzikir menggunakan tasbih atau apa apa saja alat untuk berzikir tidak menjadi satu kesalahan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Mari kita semak dalil daripada Safiyyah r.ha., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. masuk untuk menemuiku sedang di hadapan ada 4000 biji kurma yang aku guna untuk bertasbih. Baginda bersabda, maksudnya:

“Wahai binti Huyay, apakah ini?
Aku menjawab: “Aku bertasbih menggunakaknya.”
Baginda bersabda: “Aku telah bertasbih sejak berdiri berdekatan denganmu tadi lebih banyak daripada ini.”
Aku berkata: “Ajarkanlah kepadaku.”
Baginda bersabda: “Ucaplah  Mahasuci Allah sebanyak apa yang ada telah DIA ciptakan)”. (Riwayat al-Hakim)

Rasulullah s.a.w. mendapati Safiyyah menggunakan biji kurma untuk menghitung zikirnya, tetapi Baginda s.a.w. tidak mencegahnya atau mengatakan bahawa hendaklah berzikir dengan jari jemarinya.

Terdapat banyak lagi dalil para solihin terdahulu yang menggunakan wasilah alat untuk zikir antaranya Abu Hurairah yang memiliki seutas benang yang disimpul sebanyak 2000 simpulan, Fatimah bin al-Husain yang memiliki benang simpulan. Manakala Abu Safiyyah seorang bekas hamba yang dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. berzikir dengan anak anak batu yang terdapat di dalam sebuah bekas.

Perkara yang utama adalah berzikir sebanyak banyaknya dalam semua keadaan sama ada berdiri, duduk, baring atau pelbagai cara sama ada dengan jari, tasbih dan seumpamanya.  Ingatlah, maksud terbesar daripada zikir sepertimana yang dinyatakan oleh Maulana Ilyas al-Kandahlawi: “Maksud zikir di sisi kami adalah bagaimana kami sentiasa taat perintah Allah dan mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. pada setiap masa dan keadaan.”

Majalah Siasah Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 39