Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

14 April 2020

Munakahat:Ibu Susuan Masih Perawan


Ibu Susuan Masih Perawan
Munakahat: Ustaz Badli Shah Alauddin

SOALAN:
Semasa cuti Aidilfitri dikampung  baru baru ini, anak lelaki kedua saya yang berumur tiga tahun telah disusukan oleh sepupu saya yang berumur 25 tahun tetapi masih anak dara (belum berkahwin). Kami sekeluarga sebenarnya agak hairan melihat seorang yang belum berkahwin, namun boleh menghasilkan susu. Saya mempunyai beberapa persoalan:

1. Adakah anak saya nanti boleh dianggap sebagai anak susuan kepada sepupu saya tersebut walaupun dia masih anak dara?

2. Berapa kali penyusuan yang menjadikan anak saya sebagai anak susuanya?



3. Benarkan pendapat yang menyatakan jika anak saya yang berumur 6 tahun (anak sulung) turut menyusu dengan sepupu saya tersebut, maka dia juga boleh dikira sebagai anak susuan?

Ummi Danish Haykal: Bukit Beruang, Melaka

JAWAPAN:
Tahniah kerana mengambil berat terhadap masalah penyusuan ini. Tidak ramai masyarakat kita yang mengambil tahu tentang persoalan penyusuan sedangkan antara faktor berlakunya pengharaman selama lamanya terhadap wanita yang ingin dikahwini (al-muhharramat min al-nisa’) adalah faktor penyusuan (al-muharramat bi al-rada’ah) Perkara ini boleh dirujuk menerusi surah al-Nisa’ ayat 22-24.

Dari segi bahasa, rada’ah bermaksud perbuatan menjilat susu dan payudara secara mutlak, baik daripada manusia atau haiwan yang besar atau kecil. (Rawdah al-Talibin, jil.7 hlm.122, al-Sharqawi ‘ala Tahrir, jil. 2, hlm.219, al-Hidayah, jil. 1, hlm. 115, Sharh al-Muhtaj,hl,. 136 dan Kashf al-Qanna’, jil.3, hlm. 40)

Menurut istilah pula, rada’ah adalah sampainya susu wanita ke dalam perut. Melihat kepada takrif ini, perkara yang perlu diberi perhatian ialah kalimat “susu” dan “wanita”.

Jika yang disedut oleh bayi itu merupakan darah atau nanah, maka ia tidak dianggap sebagai rada’ah.

Begitu juga jika yang menyusukan bayi itu terdiri daripada golongan lelaki, khunsa atau haiwan, maka ia juga tidak dikira sebagai rada’ah. (Mughni al-Muhtaj, jil. 3, hlm.144)

Susu Gadis Perawan

Adapun persoalan puan berkenaan perawan atau anak dara yang menyusukan bayi puan, hal ini bukanlah  sesuatu yang menghairankan. Mungkin sebelum ini seorang wanita hanya mempunyai susu selepas dia hamil atau melahirkan.  Kini, perkembangan teknologi perubatan telah berjaya mencipta pil hormon  atau suntikan untuk menghasilkan susu badan. Tidak perlulah kita bahaskan disini punca adanya dalam kalangan anak dara yang bersunguh sungguh menyuntik hormon demi menghasilkan susu. Pasti ada sebab yang kuat untuk mereka lakukan sedemikian.

Dari sudut implikasi hukum, seorang perawan-baik sudah akil baligh atau belum-jika sudah berumur sembilan tahun dan payudaranya sudah berisi air susu, kemudian dia menyusukan bayi, maka terjadi perhubungan mahram. (Al-Qalyubi, jil. 2, hlm. 12, Mughni al-Muhtaj, jil. 3 hlm. 41, Tabyin al-Haqa’iq, jil. 2, hlm. 185, al-Mabsut, jil. 5, hlm. 131, Bidayah al-Mujtahid, jil. 2, hlm. 23)

Penulis berpendapat, pandangann paling unggul adalah pandangan majoriti ulama fiqah iaitu dikira mahram persusuan kerana terciptanya daging dan menguatkan tulang. Ini seperti yang dijelaskan oleh pengarang al-Muhazzab (jil. 2, hlm. 157):

“Jika seorang perawan mempunyai air susu, atau seorang al-thaib (tidak perawan) yang tidak bersuami, mempunyai air susu, kemudian dia menyusukan bayi, kedua duanya menjadi mahram persusuan kerana susu seorang perempuan menjadi gizi bagi si bayi.”

Anak Berumur 6 Tahun yang Menyusu

Dalam hal ini, para ulama berbeza pendapat mengenai usia bayi yang menyusui tersebut sehingga boleh menyebabkan ibu susuannya haram untuk dinikahi.

Antara dalil yang dikemukakan olek kelompok ini ialah firman Allah yang bermaksud:

“Dan ibu ibu itu menyusui anak anaknya selama dua tahun secara sempurna. Hal itu bagi mereka yang hendak menyempurnakan susuannya.” (Surah a—Baqarah 2: 233)

Selain itu terdapat hadis riwayat Ibn Abbas yang menyatakan: “Bukan disebut menyusui, kecuali selama dua tahun.” (Riwayat al-Baihaqi, sanad sahih)

Namun tidak dinafikan ada pendapat Imam Abu Hanifah yang menyatakan bahawa usia susuan yang menyebabkan haram untuk dinikahi adalah selama 30 bulan. Selain itu, ada pula pendapat Zahiriyyah, “Ata’ dan Imam al-Laith yang menyatakan bahawa menyusui ketika sudah besar ataupun ketika kecil sama sahaja boleh menyebabkan haram untuk dinikahi.

Daripada ketiga tiga pendapat ini, penulis lebih cenderung dengan pendapat jumhur ulama yang menyatakan bahawa yang menjadikan haram untuk dinikahi itu adalah apabila menyusui anak susuan pada dua tahun pertama sahaja, Ini kerana keterangan serta hujah yang dibicara seputar hal ini sangat jelas dan sahih.



Majalah Siasah Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 71-72