Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

08 April 2020

Soal Jawab Solat : Isyarat Jari Telunjuk Ketika Tasyahud


Soal Jawab Solat

Oleh Ustaz Fadzli Al-Yamani

Isyarat Jari Telunjuk Ketika Tasyahud

SOALAN:
Adakah disunatkan untuk mengangkat jari telunjuk ketika tasyahud?
Bagaimana kedudukan sebenar jari di atas peha?

Adakah dibolehkan mengisyaratkan jari telunjuk kiri ketika tasyahud kerana kudung tangan kanan?

JAWAPAN:
Ketika tasyahud awal dan akhir, disunatkan mengangkat jari telunjuk dengan di

donggakkan sedikit ketika membaca “Ashaduallah … “ dan tidak menggerakkannya menurut  mazhab Syafi’i.

Hadis riwayah Imam Muslim menyatakan Nabi s.a.w. mengangkat jarinya, dan ada penambahan “mengangkat jari tanpa menggerakkanya” menurut riwayat Abu Daud daripada Abdullah bin al-Zubair.

Disunatkan menghalakan jari telunjuk tersebut ke rah kiblat dengan berniat tauhid dan ikhlas beserta mengekalkan keadaan jadi itu terangkat dan tidak menurunkannya.

Kedaan jari jemari ketika tasyahud pula adalah sepertimana yang dikhabarkan oleh Ibn Umar: “Rasulullah s.a.w. ketika duduk akan meletakkan tangan kiri diatas lutut kirinya, dan meletakkan tangan kanannya di atas lutut kanan sambul memberi isyarat dengan jari telunjuk.” (Riwayat Muslim)

Dianjurkan untuk merapatkan jari jemari dan menghalakannya kearah kiblat. Cara menggengam telunjuk adalah dengan menggegam jari kelengkeng, jari manis dan jari tengah. Jari telunjuk diluruskan kearah kiblat dan ibu jari dirapatkan dengan tepi jari telunjuk dan diletakkan di bawah jari telunjuk. Jika jari tengah disatukan dengan ibu jari untuk membentuk satu bulatan atau digenggamkan ibu jari diatas jari tengah, maka itu juga amalan Sunnah.

Makruh isyarat dengan jari telunjuk kiri walaupun jari telunjuk kanan terpotong.

Majalah Siasah Isu48

07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 38