Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

03 April 2020

Mati di bumi Makkah: Impian dan Kelebihan



Mati di bumi Makkah: Impian dan Kelebihan
Haramain: Ahmad Husni Abd. Rahman

Pak Solej memujuk isterinya, “Sudahlah tu Leha, apa lagi yang kamu ni menangis dari tadi. Insya-Allah anak anak kita smua dah besar. Cucu pun dah ramai.”


Jannat al-Mu'alla

“Bukan apa bang, kita ni nak ke Makkah. Manalah tahu, ini kali terakhir kita jumpa dengan mereka.”

“Dah tu, awak takut kalau kalau kita mati di Makkah nanti?


“Ya lah bang, saya ni ada kencing manis. Abang tu, apa kurangnya. Gout la, jantung tu ha, tahun depan dah jadualnya operate kat IJN!”

“Ya lah abang tahu. Tapi, ajal maut di tangan Tuhan? Berapa ramai yang cita cita untuk mati di Makkah awak tahu? Rezeki kita la Leha kalau dapat. Nak buat apa lagi dah dunia ini kalau dah mati.”

Dialog tadi mungkin berbunyi fiksyen, tetapi terselit padanya secebis hakikat.  Ramai sebenarnya yang bercita cita dan berkeinginan mati di bumi yang penuh barakah itu.  Haramain kali ini cuba menyingkap fadilat yang tersirat daripada sebuah kematian yang bertanahkan bumi Makkah.

Fadilah Sebuah Kematian

Terdapat beberapa hadis Nabi s.a.w. yang boleh diintai padanya ruang ruang fadilat. Antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Akulah antara yang terawal dipecahkan tanah (yang dibangkitkan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar dan disusuli pula oleh ahli al-Baqi’, lantas mereka akan dihimpunkan bersama samaku. Sejurus itu, aku menunggu kedatangan ahli Makkah sehinggalah mereka dihimpunkan daripada kalangan Haramain.” (Riwayat Imam Ahmad)

Begitu juga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda
 “Sesiapa yang meninggal dibumi Haramain (Makkah atau  akan dibangkitkan dalam keadaan aman sejahtera pada hari kiamat.” Riwayat  al—Tabaranl dan al-Baihaqi)

Selain itu  terdapatjuga hadis lain yang memberi  motivasi yang serupa. Daripada Abdullah bin Ja‘far bin Abi Talib, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Paling awal yang mendapat syafaatku nanti  ialah ahli Madinah, kemudian ahli Makkah dan seterusnya  ahli Taif.” (Al Jami‘ al Saghir)

Para fuqaha juga berpandangan bahawa dianggap sesuatu yang mustahab (disukai) agar kita ditempatkan di tanah perkuburan para solihin dan tempat-tempat yang mempunyai fadilat dan keutamaan. Dalam hal ini kita melihat kepada doa Sayidina Umar al—Khattab r.a.: “Ya Allah! rezekikanlah daku syahid pada jalan-Mu dan jadikanlah kematianku di bumi RasulMu s.a.w.”

Ini bersumberkan daripada hadis Nabi saw yang masyhur daripada Ibn Umar r.a. bahawa Nab: s.a.w. bersabda  yang bermaksud:

"Sesiapa yang mampu untuk  mati di bumi Madinah, maka matilah disana. Sesungguhnya aku akan memberisyafaat kepada seslapa yang mati di sana(Madinah).” (Riwayat al Tirmizi dan al-Nasa’i)

Berdasarkan hadis dan doa Saidina Umar al-Khattab r.a., al-Imam al-Nawawi dalam al—Majmu‘ memberi komentar bahawa ini menunjukkan suatu perkara yang sangat disukai untuk memohon agar dimatikan di bumi yang mulia, bumi Nabi saw. Begitu juga beliau mengulas nada yang serupa dalam Sharh Sahih Muslim dengan menyatakan bahawa dianjurkan meminta dikuburkan (dimatikan) di tempat-tempat yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan serta dekat dengan tanah perkuburan orang yang soleh.

Ini bersumberkan hadis riwayat Abu Hurairah bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menceritakan kisah Nabi Musa a.s. tatkala baginda didatangi malaikat maut. Ketika itu, Nabi Musa a.s. meminta agar dihampirkan kematiannya dan dikebumikan hampir dengan al-Ard al-Muqaddasah sekadar lemparan batu. (Riwayat al- Bukhari dan Muslim) Ibn Battal mengulas: “Maksud permintaan Nabi Musa a.s. itu (hanya Allah Iebih mengetahui) disebabkan besarnya fadilat dikebumikan di tanah perkuburan para nabi dan solihin, maka disunatkan juga berjiran dengan mereka sesudah mati sebagaimana disunatkan mengikuti jejak dan berjiran dengan kebaikan mereka di dunia. Ini juga kerana orang yang mulia sangat menginginkan tempat yang mulia dan sentiasa mengunjungi tanah perkuburan serta mendoakan penghuni-nya."

Antara Tempat Mati dan Realiti Kehidupan

Dalam kesempatan Haramain kali ini, penulis ingin menitip pesan. Jika ada kaum keluarga atau sanak saudara, tidak kiralah ibu bapa atau anak kita sekalipun yang ditakdirkan mati di bumi Haramain, maka izinkanlah dan redakanlah untuk mereka disemadikan di sana. Janganlah diributkan dengan perasaan terkilan dek tidak dapat menatap wajah mereka buat kali terakhir dan pelbagai alasan yang mungkin tidak relevan dengan syariat.

Tidakkah anda mahu jenazah mereka disembahyangkan oleh ribuan, bahkan mungkin jutaan manusia di sebuah masjid terulung di dunia berimamkan mereka yang bertaraf ulama dunia? Janganlah diikutkan perasaan. Jika anda sayang akan mereka, maka anda patut bangga dan bersyukur kerana mereka terpilih untuk bersemadi disana.  

Sedikit sisipan buat renungan dalam minggu terakhir Ramadhan 1433H yang lalu,
saat penulis membawa anak untuk ke hospital berhampiran rumah kerana demam, anak sulung penulis berbicara dalam kereta: “Abah, Fatih nak mati syahid boleh?

Lantas penulis dan isteri terus mengaminkan hajat anak kami yang berusia 4 tahun itu dengan sebak yang tertahan. Anak kami kemudian menyambung bicaranya: Fatin nak mati syahid sebab mati syahid itu kan badan kita tidak tinggal tulang. Fatin mati syahid, Abdullah (adiknya yang berusia 8 bulan) pun mati syahid, abah pun mati syahid, mama pun mati syahid …”

Barangkali inilah ketulusan dan idea seorang anak kecil.  Harapan penulis, moga niat itu kekal, hingga akhirnya tercapai maksud yang sebenar. Asasnya, dia sudah ada cita cita itu. Yang penting selepas ini ialah usaha dan jihad untuk melakar hakikatnya. Bukankah KPI kematian itu telah awal-awal lagi Allah Taala tetapkan?

Firman Allah Taala dalam surah Ali ‘Imran ayat 102:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar—benar takwa dan jangan sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”

Al Imam Ibn Kathir menitipkan ulasannya terhadap ayat ini dengan katanya: “Hendaklah kamu memelihara dan menjaga dengan utuh agama Islam ini dalam keadaan sihatmu dandalam keadaan ketenanganmu serta keselamatanmu agar kamu mati dalam keadaan itu. Sesungguhnya orang yang mulia itu akan meneruskan adat kemuliaannya dalam hidup kerana sesiapa yang hidup atas sesuatu prinsip keimanan, maka dia juga bakal mati dalam keadaan sedemikian. Sesiapa yang mati atas prinsip iman itu, dia juga bakal dibangkitkan dengan prinsip yang sama kelak. Nauzubillah daripada segala yang bertentangan dengan prinsip keimanan itu.”

Benarlah kata orang, jika dimatikan  di tempat yang mula itu adalah rezeki terhebat. Namun Iebih hebat lagi jika hidupnya juga mempunyai realiti kemuliaan yang tepat dengan syariat.  Jangan berputus asa dengan rahmatNya. Setiap manusia bakal mempunyai habuan daripada bingkisan kehidupan dan nilai sebuah kematian yang bakal dirasainya.  Istiqamah atas iman itulah yang perlu dimanifestasikan dalam perjuangan kehidupan agar matinya juga sedemikian. Bertambah nilainya lagi jika tempatnya juga hebat.

Apa pun yang berlaku, jika syurga Allah itulah yang ditagih, pasti amalannya juga perlu layak dan selari dengan ganjarannya. Justeru, jika ingin berjiran dengan ahli syurga di perkampungan barzakh sana, pastikan persiapan dan akhlaknya juga persis mereka.
Ya Allah! Hidupak kami dalam kejiranan tetangga dan taulan yang soleh.

Ya Allah! Matikan kami juga dalam keadaan terhimpun bersama insan insan yang terpilih.

Sudilah jua kiranya ya Allah, matikanlah kami juga di tempat yang terbaik agar nikmat kebaikan itu bakal terkesan hingga hari kami dibangkitkan. Amin

Majalah Siasah  Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 32 – 34