Soal Jawab Solat
Oleh Ustaz Fadzli Al-Yamani
Hukum Duduk di atas
Dua Tumit
SOALAN:
Saya
pernah melihat seorang imam duduk di atas dua tumitnya dan tapak kakinya.
Apakah hukum solatnya dan bukankah cara tersebut dilarang?
JAWAPAN:
Cara
duduk yang dimaksudkan dia atas ialah iq’a’ iaitu duduknya seorang itu di
antara
dua sujud dengan tahiyat awal. Praktikalnya adalah duduk di atas kedua dua tumit kaki manakala tapat kaki ditegakkan berserta jari jemari kaki dibengkokkan menghala ke kiblat. Ini adalah Sunnah berdasarkan hadis daripada Tawus bin Kisan r.a. katanya: “Kami telah berkata kepada Ibn ‘Abbas r.a. tentang iq’a’, lalu beliau menjawab: “Ia adalah Sunnah.” (Riwayat Muslim, no.536)

Jelaslah
solat seseorang tetap sah jika melakukan cara tersebut dan ia perbuatan Baginda
s.a.w. Oleh sebab itu, jangan kita menyalahkan sesiapa yang berbuat
demikian. Imam Ahmad berkata. “Aku
tidak melakukannya dan aku tidak menyalahkan sesiapa yang melakukannya.
“Sesungguhnya, cara duduk Rasulullah s.a.w. yang biasa dan masyhur adalah duduk
diatas tapat kaki kiri dan kanan di tegakkan.
Satu
lagi istilah yang sama tetapi dilarang (makruh) ketika solat ialah iq’a al-kalb
– duduk seperti anjing. Caranya adalah
dengan mendudukkan punggungnya di atas lantai,, kedua dua tapak tangannya pula
diatas lantai seumpama anjing. (Nihayah, Ibn Athir)
Larangan
ini jelas terdapat dalam hadis Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud: “Apabila kamu mengangkat kepalamu daripada sujud, maka
janganlah kamu duduk seperti anjing duduk.: Riwayat Ibn Majah)
Majalah Siasah Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 38