Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

15 April 2020

Saham ke Neraka?


Saham ke Neraka?
Berikut disenaraikan perkara yang boleh menghumbankan seseorang ke neraka jahanam.

1. Syirik kepada Allah iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada dalam rububiyyah, uluhiyyah mahupun nama nama dan sifat sifatNYA. Allah berfirman maksudnya:

“Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka.” Surah al-Ma’idah 5:72)

2. Kufur kepada Allah, para malaikat, kitab rasul, hari akhirat serta qada dan qadar Allah.

3. Mengingkari salah satu daripada rukun Islam yang lima

4. Mengolok olokkan Allah, agamaNYA atau rasulNYA. Benarlah firman Allah yang bermaksud:

“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat ayatNYA serta rasulNYA kamu memperolok olok dan mengejeknya?” (Surah al-Tawbah 9: 65-66)

5. Mencaci Allah, agama Islam dan para rasul, iaitu mencela, mengaibkan atau merendahkan.

6. Berhukum dengan selain daripada hukum Allah dengan keyakinan bahawa hukum itu lebih baik atau sama dengan hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud:

 “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang kafir.” (Surah al-Ma’idah 5: 44)

7. Munafik iaitu apabila seseorang menyembunyikan kekafirannya dan melahirkan diri sebagai Muslim. Firman Allah s.w.t. maksudnya:

“Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan lapisan dalam) neraka.” (Surah al-Nisa’ 4: 145)


*Petikan: Syeikh Muhammad bin Shalih al-‘Uthaimin, Majelis Bulan Ramadhan, terbitan Pustaka Imam asy-syafi’i.

Majalah Siasah Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013