Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

22 April 2020

Cerita dari Mekah: Bertemu si kenit di Masjidilharam


Bertemu jemaah kenit di Masjidilharam
CERITA DARI MEKAH

Seperti diceritakan Hj. Kamarolzaman Rashid, 56, mutawif De Mawardah Travel kpd wartawan eksekutif Mastika, Khairul Anwar Yusop

 Sejak dahulu, saya sudah biasa dengan pelbagai cerita tentang perkara aneh yang menimpa jemaah di Tanah Suci. Misalnya, ada jemaah semasa di Malaysia waras tapi apabila sampai di Tanah Suci jadi gila. Ada jemaah yang sesat sampai berhari hari angkara bermulut celupar dan bongkak.

Ada juga jemaah yang semasa di Malaysia sakit tak boleh berjalan bertahun tahun. Tapi apabila sampai di Tanah Suci boleh berjalan seperti biasa. Pendek kata di Mekah pelbagai perkara yang tak masuk akal dan mustahil boleh berlaku. Itulah yang terjadi kepada saya ketika menjadi mutawif membawa rombongan umrah pada tahun 2008.

Ketika itu, saya baru sahaja bertugas dengan De Mawardah. Seingat saya, baru tiga kali saya membawa rombongan jemaah ke Tanah Suci. Kali itu, saya membawa rommbongan seramai 40 orang terdiri daripada lelaki dan wanita.  Setibanya di sana segala proses dan urusan menempatkan jemaah berjalan lancar. Semua jemaah berpuas hati dengan tugas saya lakukan.  Saya gembira.

Suatu hari, saya bersama jemaah masuk ke Masjidilharam untuk melakukan ibadah.  Kami sembahyang sunat, berzikir dan berdoa mengikut kemampuan masing masing.

Entah kenapa hari itu tiba tiba saja, saya seperti bersifat kebudak budakan. Saya kata begin di dalam hati.

“Eh, bagilah tentok benda ajaib/ Selama datang Mekah tak pernah tengok benda benda ajaib lagi!” detik di hati saya.

Saya kata begitu sebab saya biasa dengar cerita cerita aneh dari mutawif mutawif lain sebelum ini.  Mudah mudahan dapatlah saya bertemu benda benda aneh yang tidak terfikir melihatnya.

Waktu itu saya lihat semua jemaah melakukan ibadah masing masing. Ada yang besolat sunat dan ada yang membaca al-Quran. Saya dan pembantu saya bernama Iskandar pula pergi ke suatu kawasan di dalam Masjidilharam dan kami terus bersolat sunat. Ketika kepala saya berpusing ke kanan untuk memberi salam pada tahiyat akhir, saya terkejut.  Betul betul di hadapan saya sedang berdiri seorang lelaki berjubah putih.

Apa yang paling mengejutkan saya ialah saiz jemaah lelaki berjubah putih itu hanya sebesar botol air mineral 500 mililiter.  Lelaki kenit berusia 40-an itu persis pelakun Bollywood. Wajahnya kacak, kulitnya putih, hidung mancung dan mata bersinar.

Sebaik melihatnyn saya terpaku tanpa dapat berkata apa apa.  Hanya mata saya yang bergerak memandang jemaah kenit itu. Wajah jemaah kenit itu berseri seri. Mukanya seperti bercahaya. Cantik sungguh. Saya lihat jemaah kenit itu melangkah setapak demi setapak kearah saya.

Manusia kenit itu lalu berdiri betul betul di hadapan saya yang masih duduk di antara dua sujud.  Jemaah kenit itu tiba tiba mengangkat tangannya kearah  muka saya lalu beroa. Entah apa yang didoakannya tidak saya tahu sebab tidak mendengar sebarang katanya.  Saya hanya Nampak mulutnya terkumit kumit.  Waktu itu juga secara spontan saya tidak berhenti henti memuji kebesaran Allah.

Ya Allah siapa bawa jemaah kenit ini.  Ya Allah terlalu kecil makhluk ciptaanMu ini. Ya Allah, ya Tuhanku, siapa manusia ini? Ya Allah Engkau Maha Besar. Aku bersyukur, Engkau telah tunjuk kepada aku perkara ajaib begini di Tanah Suci-MU.

Selepas lelaki kenit itu habis berdoa, saya terus mendepakan tangan sebab hajat saya mahu memeluknya.  Anehnya , sebaik saya mendepakan tangan, jemaah kenit itu terus ghaib dari pandangan.  Saya terpinga pinga.

Pelik sunguh apa yang saya lihat tadi.  Mustahil manusia kenit itu boleh ghaib begitu saja.  Cepat cepat saya tanya pembantu saya, Iskandar adakah dia nampak jemaah kenit tadi. Pelik, Iskandar yang berada di sebelah saya hanya menggeleng gelengkan kepala.  Bagaimana pula Iskandar tidak Nampak.  Jemaah jemaah lain di sebelah saya juga begitu, mereka tidak melihat  makhluk kenit tersebut.

Selepas diperlihatkan jemaah kenit yang kacak itu, saya tidak habis habis memuji kebesaran Allah. Saya tidak menyangka walaupun impian saya itu hanya terdetik di dalam hati, Allah terus tunjukkan kepada saya apa yang saya hajati. Itulah kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah itu maha Mendengar lagi Maha Berkuasa atas segalanya.

Sampai hari ini saya tidak pernah ceritakan kisah ini kepada jemaah khuatir menakutkan mereka pula.  Saya juga tertanya tanya siapakah jemaah kenit kacak itu, manusia atau jin? Perkara itu saya sendiri tidak dapat menawabnya.  Bagi saya inilah tanda tanda kebesaran Allah.

Selain kisah jemaah kenit tadi, ada satu lagi kisah melibatkan seorang jemaah lain yang mengikut rombongan saya mengerjakan umrah.

Hari itu, saya dan rombongan mendarat di Karachi, Pakistan sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah. Dalam rombongan itu, saya bawa 12 orang keluarga mamak. Ada antaranya saya kenali. Semasa menunggu di Lapangan Terbang Karachi itu, datang seorang lelaki dari keluarga mamak ini. Cukuplah saya menamakannya sebagai Zul, berusia 40-an dan bekerja sebagai kontrektor. Zul juga sudah berkahwin dan isterinya juga turut serta dalam rombongan itu.

“Ustaz, saya nak batal pergi ke Mekah. Saya tak nak pergi. Saya nak balik,” beritahu Zul pasa saya.

Wajah Zul kelihatan muram dan resah. Gaya Zul seperti berada di dalam keadaan ketakutan.  Mendengar kata katanya saya terus geleng kepala.  Saya beritahunya tidak lama lagi kami akan bertolak ke Jeddah.  Mana boleh Zul batalkan pemergian pada saat akhir. Saya bertanya kepada Zul kenapa tiba tiba saja dia membatalkan hasrat hendak ke Mekah? Apa masalahnya? Lalu Zul membawa saya ke satu sudut yang tidak ramai orang dan membuka cerita.

Cerita Zul pada saya, selama dia hidup ini sudah jenuh dia berzina dengan pelbagai perempuan.  Ada antaranya perempuan itu sudah berzina dengannya sampai berpuluh puluh kali.

“Salah seorang dah jadi isteri kedua saya.  Kami nikah di Siam. Tapi sebelum itu kami selalu berzina, ustaz …” cerita Zul pada saya dengan penuh kesal.

Akibat takut banyak  dosa, selepas mendaftar untuk ke Mekah, Zul mamberitahu dia tidak dapat tidur selama sebulan.  Zul mengaku depan saya dia merasa amat takut apabila di Mekah nanti, dia akan terima balasan dari Allah. Apabila mendengar ceritanya saya hanya tersentum dan terus memberi semangat kepadanya.

“Alhamdulillah.  Kalau sebulan tak tidur kerana takut akan dosa dosa lalu itulah taubat namanya.  Awak dah bersih.  Kalau awak tak tidur sebab takut dosa dosa lalu, awak orang yang baik.  Kalau orang jahat tak akan rasa takut,” kata saya memberi semangat pada Zul.

Bagi saya, Zul hanya jahat berkaitan perempaun saja. Selama saya mengenalinya, Zul seorang yang pemurah. Setip kali tiba bulan Ramadan, Zul banyak bersedekah di masjid. Malah Zul juga banyak  membantu orang orang susah. Pendek kata duitnya banyak digunakan untuk bersedekah.

Bagi menyakinkan Zul, saya berdoa di hadapannya memohon doa agar Allah mempermudahkannya melakukan ibadah di Mekah nanti.

“Ya Allah, biarlah dosa Zul berzina itu aku yang tanggung, kalau bala tu tiba, biar aku yang terima,” kata saya dengan penuh redha dan berharap Zul akan terus ke Mekah.

Bila mendengar doa saya begitu, Zul terus bersetuju membatalkan hasratnya balik ke tanah air. Suatu malam semasa berada di Masjidilharam semua jemaah tidak dibenarkan bersembahyang berdekatan Kaabah. Sebabnya waktu itu kawasan lantai disekeliling Kaabah sedang dicuci dan dibersihkan.

Sekitar kawasan itu dikawal oleh anggota polis yang garang dengan rotan.  Sesiapa yang ingkar akan ditangkap dan dirotan sebelum dihalau keluar. Saya dan Zul tanpa sedar, termasuk ke dalam kawasan yang dilarang untuk masuk kerana lantainya belum kering sebab baru dicuci. Baru hendak sembahyang tiba tiba saya ditarik oleh seorang anggota polis yang mengawal sebelum dihalau dari kawasan itu.

Tapi apa yang peliknya waktu itu saya lihat hampir empat lima orang anggota berdiri menggelilingi Zul yang sedang bersembahyang. Mereka jaga Zul supaya tiada jemaah lain yang menggangu Zul ketika bersolat.  Malah orang yang membersihkan lantai juga ada disebelah Zul.  Setiap kali air mengalir masuk ke kawasan tempat Zul bersolat, pekerja itu cepat cepat menggeringkannya dengan mop. Selepas habis bersolat, Zul berdoa. Dia juga tidak diganggu oleh anggota keselamatan yang bertugas.

Ituilah kebesaran Allah. Zul yang sebelum ini dihantui dosa dosa silam mendapat kemuliaan semasa bersolat di Masjidilharam berbanding jemaah lain. Mungkin disebabkan Zul benar benar telah bertaubat di atas kesilapan lampau, Allah merahmatinya semasa berada di Tanah Suci. Jemaah jemaah lain yang cuba masuk dan sembahyang berdekatan Zul ketika itu semuanya dihalau termasuk saya sendiri.

Allah benar benar memuliakan Zul sebagai tetamuNYA. Malah segala urusannya di Mekah, Allah permudahkan tanpa sebarang masalah.  Syukurlah Zul dapat beribadah dengan tenang, miskipun orang lain tidak mendapat keistimewaan sepertinya.

Saya mendapat tahu, selepaps balik ke Malaysia, Zul sudah banyak berubah.  Sikap pemurahnya dahulu diteruskan dan tabiat berzina ditinggalkan. Malah sejak balik dari Mekah, rezeki Zul sebagai kontrektor juga semakin mencurah curah.
Akhir kalam, ingatlah renungan ini. Kecemerlangan yang mesti kita cari, bukan saja sewaktu kita bernafas di atas muka bumi, malah setelah sekujur menjadi mayat.  Kehidupan sebenarnya adalah di akhirat sana.

Mastika Ferbuari  2012
m/s 120-125