Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

11 April 2020

Fiqah Amali: Akikah Untuk Diri Sendiri

Fiqah Amali

Ustaz Fadzli Al-Yamani

Akikah Untuk Diri Sendiri


SOALAN:
Saya baru mengetahui daripada ibu saya bahawa pihak saya sendiri belum dibuat akikah ketika usia kecil.  Adakah kedua dua ibu bapa saya berdosa? Bolehkah saya menggantikan akikah tersebut dan bagaimana caranya?

JAWAPAN:
Kedua dua orang tua anda tidak berdosa kerana tidak membuat akikah kerana hukumnya sunat muakkad (sunat yg dituntut) menurut mazhab Syafi’i. Ia bersumberkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:


“Anak tergadai dengan akikahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuh (riwayat al-Tirmizi)

Sekiranya tidak sempat, terlewat dan tidak boleh dilaksanakan pada hari ketujuh, ia boleh dilaksanakan pada hari ke -14 atau pada hari ke-21 atau bila bila masa sahaja setelah mampu kerana prinsip ajaran Islam adalah memudahkan, bukan menyusahkan sebagaimana firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (surah al-Baqarah 2: 185)

Maka, hukum sunat untuk membuat akikah bagi ibu bapa untuk anaknya berlanjutan sehingga anak tersebut baligh. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas ibu pada dan sunat bagi dirinya sendiri untuk melaksanakan akikah. Perkara ini dirujuk berdasarkan habis riwayat Anas bin Malik, katanya:

“Rasulullah s.a.w. mengakikahkan dirinya setelah baginda diangkat menjadi Nabi.” (Riwayat Abd Razzaq).

Walaupun hadis ini  daif, tetapi ia mempunyai beberapa shawahid (saksi penguat) sehingga diangkat menjadi sahih. Justeru, tiada batasan masa untuk ibadah akikah.

Kepada yang bertanya, saya amat mengalu alukan untuk anda membuat akikah tersebut.

Bilangan kambing untuk akikah merujuk hadis daripada Ummi Kurz al-Kabiyyah r.h.a, beliau berkata: “Aku mendengan Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

 ‘Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama, sedangkan bagi anak perempuan satu ekor kambing.” (Riwayat al-Tirmizi dan Ahad).

Kalau tidak mampu dua ekor kambing untuk lelaki, seekor pun memadai.

Dianjurkan agar daging tersebut diberikan sesudah dimasak. Terdapat hadis Aisyah r.h.a. yang menyatakan: “Sunnahnya adalah dua ekor kambing untuk anak lelaki dan satu ekor kambing untuk anak perempuan. Ia dimasak tanpa mematahkan tulangnya. Lalu dimakan (oleh keluarganya), dan disedekahkan pada hari ketujuh.” (Riwayat al-Baihaqi).

Daging akikah boleh diberikan kepada jiran, fakir miskin dan juga orang bukan Islam atas maksud dakwah. Kaum keluarga juga boleh memakan daging tersebut.  Tiada taufik untuk membuat kebaikan melainkan ia daripada Allah s.w.t.

Majalah Siasah Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 39