Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

04 April 2020

Prosedur Urusan Kematian di Makkah al-Mukarramah


Info
Prosedur Urusan Kematian
di Makkah al-Mukarramah


1. Maklumkan kepada pihak agensi umrah atau haji anda tatkala berlaku kematian.
2. Jika berlaku kematian di hotel yakni bukan hospital, pihak hospital terdekat akan dimaklumkan dan doktor akan segera datang untuk mengesahkan kematian.  Jika meninggal dunia di hospital, segala urusan pengesahan terus dilakukan di hospital

3. Setelah kematian disahkan, pihak agensi atau pengurus jemaah umrah atau haji akan memaklumkan perkara ini kepada pihak Konsul Jeneral Malaysia yang berpusat di Jeddah. Segala surat menyurat dan dokumen akan diuruskan oleh pihak mereka setelah mendapat pengesahan rasmi daripada hospital.

4. Bagi urusan persiapan jenazah, pihak hospital akan terus membuat urusan dengan pihak yang berkaitan di Makkah dan segala urusan akan dilakukan dengan segera.

5. Urusan memandikan, mengapankan sehinggalah solat jenazah akan diuruskan oleh pihak berwajib di Arab Saudi. Jenazah akan dibawa ke Masjidilharam untuk solat jenazah,

6. Kemudian jika direzekikan dan diberi ruang, jenazah disemadikan di tanah perkuburan Ma’la tempat persemadian Siti Khadijah binti Khuwalid r.ha. dan para sahabat Nabi s.a.w. Namun, kebiasaanya jemaah dari luar Arab Saudi telah dikhususkan tempat persemadian yang bernama al-Syaraya’ (jalan menjuju ke Taif dan berhampiran dengan Arafah).

Sumber lisan: Ustaz Haji Nukman Fadzil, Pengurus Operasi Bimbingan Tabung Haji dan Ustaz Haji Albani dari Tabung Haji Travel an Services

Majalah Siasah Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 33