Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

21 April 2020

Anda Musykil: Berdosakan saya bila mualaf yang saya Islamkan keluar agama?


Anda Musykil
Oleh: Muhd. Zaidi Ramli

Berdosakan saya bila mualaf yang saya Islamkan keluar agama?

SOALAN:
Suatu ketika dahulu, saya pernah bertanggungjawab membawa seorang bukan Islam ke pejabat agama kerana hasratnya untuk memeluk Isalam atas sebab ingin berkahwin dengan wanita Islam.  Bagaimanapun, dia bukalah orang Malaysia sebaliknya dari luar negara.  Perkenalan saya dengannya hanyalah melalui ‘bakal’ isterinya yang meminta supaya saya dapat menemankannya ke pejabat agama.


Bagaimanapun, sebaik memeluk Islam, saya dimaklumkan bahawa lelaki tersebut tidak pernah mengamalkan cara hidup Islam.  Dan kini, saya mendapat berita, telah berlaku perceraian antara mereka berdua dan si lelaki kembali pada agama asal. 

Soalan saya, berdosakah saya kerana tidak membimbingnya?  Ini kerana pada anggapan saya, isteri yang dikahwini lebih bertanggungjawab untuk mendidik serta membimbingnya untuk mengamalkan cara hidup Islam.  Harap ustaz dapat membantu saya.

JAWAPAN:
Dalam kontek soaln ini, isu cerai adalah kurang mudarat berbanding isu keluar Islam atau murtad.  Walaupun isu perceraian ini diberi perhatian serius oleh masyarakat tetapi Islam memberikan jalan penyelesaian bagi perkahwinan yang membawa kemudaratan atau tiada kebahgiaan lagi melalui perceraian.  Di Malaysia, pejabat agama negeri negeri telah menyediakan perkhidmatan runding cara dan nasihat bagi kedua dua pihak suami dan isteri sebelum berlaku perceraian.

Membimbing saudara baru merupakan tugas semua orang Islam sama ada di pihak pemerintah atau individu Islam itu sendiri.  Saudara baru perlu dijinakkan hatinya dan tidak boleh terburu buru dalam memberikan pendidikan.  Hal ini perlu dilihat berdasarkan kemampuan saudara baru tersebut.

Membiarkan seorang Islam tidaak mengamalkan sistem hidup Islam adalah satu dosa dan kemungkaran.  Sebaliknya semua orang Islam perlu bertolong bantu dalam mengajak pada makruf dan mencegak kemungkaran. 

Walaubagaimanapun ia tertakluk pada kemampuan setiap individu Islam itu kerana Allah tidak memberatkan hamba-NYA melainkan mengikut kemampuannya.  Jika saudara berasa bersalah itu petanda bahawa iman saudara masih segar.  Susuli rasa bersalah itu dengan bertaubat kepada Allah. Mudah mudahan Allah menerima taubat kita.


Ruangan ini dikendalikan oleh Mohd. Zaidi Ramli. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.  Sekiranya pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, sila kemukakan soalan soalan ke alamat zaidi71_fnr@yahoo.com atau shamsinor-uksb@yahoo.com.my
Al Islam Disember 2010