Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

02 April 2020

Studio Iman: Hukum ibu menggalakkan anak dara keluar rumah


Studio Iman
Soal Jawab Bersama Jabatan Agama Islam Selangor
Untuk interaksi: editor@siasah.com.my

Hukum ibu menggalakkan anak dara keluar rumah



SOALAN:
Apakah hukumnya jika seorang ibu menggalakkan anak daranya keluar malam dengan lelaki dan balik lewat malam?

Bagaimana pula dengan mereka yang duduk serumah dengannya berdiam diri kerana takut menimbiukan perbalahan serta menderhaka pada si ibu?

JAWAB
Ibu bapa yang membiarkan anak gadisnya melakukan maksiat secara terang terang

 keluar dengan lelaki yang bukan mahram adalah berdosa besar.  

Sesiapa yang tinggal serumah dengan mereka wajib menegurnya dengan baik dan tidak dikira derhaka menegur ibunya yang tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah Allah s.w.t. Sepatutnya sebagai seorang ibu berusaha menyelamatkan anak anaknya daripada masuk neraka tetapi dia rela dirinya dan anaknya kejurang kebinasaan dan mengundang kemurkaan Allah.


Majalah Siasah
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 36