Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

18 April 2020

Anda Musykil: Membesarkan payu dara dengan sapuan krim


Anda Musykil
Oleh: Muhd. Zaidi Ramli

Membesarkan payu dara dengan sapuan krim

Assalamualaikum Ustaz,

SOALAN:
Saya Farah dari Kelang. Seperti kita semua sedia maklum, wanita dilarang  mencukur kening, asah gigi, menyambung rambut wanita dengan rambut wanita lain kerana ia mengubah ciptaan Allah s.w.t.

Baru baru ini sewaktu berkumpul dengan kawan kawan, seorang sahabat mengesyorkan saya untuk menggunakan krim membesarkan payudara. Dia memberitahu, produk tersebut seratus peratus tidak berasaskan haiwan.  Dia memberitahu lagi, terdapat perubahan setelah memakainya.


Persoalan saya, memakai produk untuk membesarkan payudara adakah dibenarkan oleh Islam.  Bukankah ia juga termasuk dalam mengubah ciptaan Allah s.w.t.? Saya pasti ramai wanita di luar sana yang turut nmemakai produk seperti ini  dengan tujuan untuk kelihatan lebih cantik.

Diharapkan Al Islam dapat mengupas tentang perkara ini.

Sekian, terima kasih Al Islam

JAWAPAN
HUkum mengubah kejadian asal menusia adalah haram kecuali dengan sebab sebab yang dibenarkan oleh syarak, seperti mencabut misai bagi perempuan yang ditumbuhi misai, membuat pembedahan plastik akibat melecur, kemalangan dan lain lain. Tanpa sebab sebab yang syarie seperti menunjuk nunjuk, berbangga bangga dan mengikut trend semasa maka keharusan itu gugur, iaitu ubah suai itu tidak diharuskan lagi.

Zaman serba maju ini bermacam macam teknolagi dicipta untuk membantu manusia mendapatkan kehidupan yang selesa.  Banyak juga teknologi dan penyelidikan khususnya dalam bidang perubatan yang jelas mengubah kejadian asal manusia seperti pemindahaan buah pinggang, paru paru, tulang dan sebagainya.  Para ulama mengharuskan perkara tersebut demi kesejahteraan kehidupan manusia.  Ia tidak termasuk dalam larangan.

Pembesaran payudara dengan menggunakan kaedah semula jadi seperti urutan atau ubat ubatan yang disahkan suci dan halal adalah harus jika seseorang perempuan itu benar benar perlu berbuat demikian.
Keperluan disini seperti seorang perempuan yang tidak mempunyai payu dara sebagaimana perempuan lain atau bagi memenangi hati suami. 

Zaman dahulu ada juga petua petua bagi tujuan tersebut.  Tetapi jika pembesaran itu dibuat supaya kelihatan seksi dan ditayangkan kepada bukan mahram dengan memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan maka ia adalah haram daripada awal niat mebesarkan payu dara tersebut .  Hari ini kebanyakan tujuan pembesaran payu dara, untuk tujua kecantikan semata mata dan untuk menjaga gaya dan keterampilan.  Hal ini dianggap sebagai membazir dan merosakkan masa depan Islam.

Ruangan ini dikendalikan oleh Mohd. Zaidi Ramli. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.  Sekiranya pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, sila kemukakan soalan soalan ke alamat zaidi71_fnr@yahoo.com atau shamsinor-uksb@yahoo.com.my

Al Islam Disember 2010